Bercerita tentang MElayu
Tentu ramai yang tonton debat malam tadi, Am pula dari pukul 9.00 kemudian tengok analisisnya di Awani dan kemudian sambung pula dengan siaran tertungak di TV3. Rasanya banyak yang Am hendak tak dibahaskan di debat itu dan Am sendiri masih tertanya-tanya sebab lain selain dari sebab global kenapa minyak perlu naik secara mendadak. Hai gagal....gagal.... Kenapa Am kata gagal sampai 2x, kerana tajuk debat adalah "Hari ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pencadang paling kurang sikit berjaya membuat rakyat yakin yang dia boleh menurunkan harga minyak tapi sebagai pembangkang tajuk debat itu Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak berjaya lansung membuatkan rakyat ragu-ragu yang usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan berjaya. Ok balik pada tajuk asal untuk cerita Am hari ini iaitu, "Melayu". Sekarang ini yang Am nampak dan mungkin semua nampak orang melayu semakin berpecah. UMNO, Keadilan dan PAS tiga parti besar dengan tujuan masing. Sana tuduh sini fitnah dan sini suruh sana bersumpah dan sebagainya tapi yang ruginya siapa. Sudah tentu orang melayu dan kalau ini terus menerus terjadi tak mustahil keruntuhan bangsa melayu akan terjadi tak lama lagi. Kesihan pada tokoh zaman dahulu yang berjuang tanpa letih untuk menaikkan martabat bangsa melayu dan tokoh sekarang dengan rakusnya meruntuhkan apa yang dibina oleh tokoh dahulu dengan mudah dan tanpa rasa malu. Tak kisahlah tokoh dari parti yang mana pun, mereka secara lansung atau tidak lansung menyumbang kearah keruntuhan ini. "Tidak Melayu Hilang Didunia" setuju Melayu takkan hilang tapi tak mustahil melayu akan jadi hamba dibumi sendiri atau sekadar menjadi bangsa "melukut ditepi gantang" ada tak apa tak ada pun tak apa. Bila ini terjadi barulah mereka ini semua sedar yang mereka semua sama-sama kalah dan yang menang adalah bangsa lain. Patutnya kita belajar dengan apa yang terjadi di Palestin ataupun Bosnia. Ini tidak kita pandang, kita simpati, kita tumpang mengutuk TAPI kita tak belajar apa-apa pun. Nota Kaki : MELAYU...tolonglah jangan ME Layu Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang MElayu"
Am, pendapat kita serupa.
bukan kita aja abah, ramai lagi yg sama kot hehehe