Bercerita tentang PELUANG
Photo Senja ini dirakamkan oleh adik ipar Am semasa dia mendaki Gunung Kinabalu. Sebenarnya Am tak perasan photo ini, isteri Am yang beritahu. Jadi Am cilok photo ini dan paparkan disini tanpa kebenaran tapi rasanya dia tak marah pun. Ada beberapa keping lagi photo yang menarik tapi rasanya ini yang paling menarik. Awan Senja.... Original from SONY.... Dah lama Am nak bercerita tentang PELUANG dalam blog Am ini tapi bila menulis terlupa dan akhirnya bercerita pasal benda lain pula. Ok setiap orang akan dapat peluang dalam hidup mereka, berbagai segi peluang dan tak kiralah samada peluang itu kecil atau besar. Apa yang Am nak tekankan disini ialah kita kena sediakan diri kita dahulu dan janganlah bila peluang itu datang nanti kita tak bersedia untuk menangkap atau mengambil peluang itu. Alangkah ruginya kita bila peluang itu terlepas ketangan orang lain. Akhirnya kita cakap bukan rezeki kita walaupun sebenarnya kita sendiri salah kerana kita terlalu leka. Bersedia yang macam mana yang Am cuba ceritakan disini ialah jika kita kerani, kita belajar komputer, bahasa inggeris, kemahiran berkemunikasi dan lain-lain lagi. Ini kerana jika ada peluang naik pangkat benda-benda ini yang mencerahkan peluang kita untuk merampas peluang naik pangkat itu. Banyak contoh lain lagi sebenarnya dan perlu kita ingat kadang kala kita akan beritahu buat apa nak belajar semua itu tak berguna kerana kita tak tahu sebenarnya bila kita akan guna benda-benda yang kita belajar itu. Secara peribadi bagi Am, peluang yang sangat baik tak selalu datang dalam hidup kita dan amat beruntung pada mereka yang dapat banyak peluang baik dalam hidup mereka. Jadi sebaik-baiknya bila peluang baik itu muncul kita sudah cukup bersedia dan jangan kerana kedaifan kita terlepas setiap peluang yang datang pada kita. Yang Am nampak, orang-orang yang berjaya ialah orang yang mengcekup segala peluang yang mereka dapat termasuk peluang orang lain dan orang yang gagal atau tidak berjaya ialah orang yang terlepas peluang demi peluang dalam hidup mereka. Satu lagi janganlah kita cepat berputus asa kerana kita tak pernah dapat atau diberikan peluang kerana kita tak tahu apa yang berlaku akan datang, mungkin peluang itu sedang berada berhampiran kita dan sedang tunggu masa sahaja untuk mendekati kita. Nota Kaki : Kesusahan orang lain adalah peluang untuk kita dan jangan pula kita menyusahkan orang lain untuk mengambil peluang keatas diri mereka. Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang PELUANG"
Tuhan sentiasa memberikan peluang kehidupan kepada hambaNya.
Setuju sangat abg long