Bercerita tentang TEKANAN
Photo ini bukan Am cilok tapi minta dari rakan MySpace Am. Tengok photo ini Am terus terpikat ia begitu cantik bagi Amlah Kalau tak silap Am photo ini dirakamkan di Canary Island, Spain. Belum pergi jadi lihat rakan-rakan punya photo pun jadilah hehehe Awan Berkabus.... Original from MySpace.... Tekanan Beberapa minggu yang lepas ada orang bunuh diri di pangsapuri berdekatan dengan rumah bapa mertua Am. Muda lagi dan nampaknya dia memang dah nekad, letak kereta naik dan terjun, engin kereta pun masih panas lagi. Secara peribadi bagi Am semua ini datang dari tekanan. Dari mana tekanan itu datang? Tekanan datang dari tempat kerja, keluarga, rakan-rakan malah dari diri kita sendiri. Setiap hari tekanan akan datang samada kita suka atau tidak, samada kita hendak mengelak atau tidak, samada kecil atau tidak dan samada ia memberi kesan yang besar atau tidak. Yang penting adalah cara kita menerima tekanan yang datang itu. Bagaimana kita menerimanya? Secara umumnya selalunya kita akan menerima secara positif atau negatif. Setengah orang menanggap tekanan itu sebagai cabaran, setengah menerima dengan hati yang terbuka dan mengatur balik hidup seiring dengan tekanan itu. Ada pula yang menerima dengan membenci dan cuba mengelakkannya akhirnya tekanan itu makin bertambah sehingga dia sendiri tak mampu menanggungnya. Kurangkan? Secara peribadi bagi Am tekanan akan ada sampailah kita menutupkan mata tapi kita boleh lakukan aktiviti yang dapat sekurang-kurang rasa bebanan tekanan itu dalam diri kita. Contohnya seperti Am, Ami minat baca komik jadi Am baca komik untuk melegakan fikiran Am, walaupun tekanan itu tak hilang tapi sekurang-kurang fikiran Am akan lapang semula untuk menyelesaikan tekanan itu dengan lebih baik lagi. Ada juga yang suka senaman, mandi, tidur atau apa sahaja asalkan ia dapat memberi ruang kepada diri kita untuk berehat sebentar dari dikuasai oleh tekanan itu. Dikuasai? Yang penting biar kita yang menguasai tekanan itu dan jangan biarkan tekanan itu yang menguasai kita. Bila tekanan yang menguasai kita, mulalah kita lupa pada ugama, adat dan pegangan hidup kita. Elakkan? Am selalu percaya pada perkataan ini "Mencegah lebih baik dari mengubati" Jadi bagi Am adalah lebih penting supaya kita lebih berhati-hati dalam apa sahaja yang kita lakukan agar kita tak menambahkan tekanan pada diri kita sendiri terutama dalam segi kewangan kerana kewanganlah yang selalunya memberi kita tekanan. Kalau pendapatan sikit, bebelanjalah denngan had yang kita mampu. Nota Kaki : Bila dalam kesusahan Fikirkan bahawa ada orang lain lebih susah dari kita...... Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang TEKANAN"
apa yg am coretkan tu, saya setuju...
cuma bab elakkan tu je...
mgkin bg org lain mudah kot...
tak bg saya, kalo masalah itu dtg dr diri sendiri, seharusnya saya boleh elakkn... tetapi slalu yg jadi, saya menanggung tekanan dr masalah yg ditimbulkan org lain... tak mampu dielakkan krn harapan tergantung pd saya utk menyelesaikan masalah tu... teramatlah tertekannya jiwa... fedap pun ya gak... tapi apo nak buek!
betul apa yang Am ckp... sas pun memang selalu gak merasa tertekan... terutama tekanan kerja... itu yang dapat darah tinggi... doktor pun dah nasihat, jangan banyak fikir... tapi kadang-kadang tak mampu nak berhenti... tengah cuba ubah mana yang boleh ni...
Sesiapa pun mengalamai tekanan. Bagaimana untuk menanganinya itu persoalannya.
Kena selalu berfikiran positiflah. Percaya kepada ketentuan Tuhan. Dan gaya hidup yang sihat juga; pemakanan, bersenam. Insya-Allah. [Peringatan buat diri saya sendiri sebenarnya :)]
Meera:
kadang kala kita kena belajar cara mengelakkan diri sendiri tempat org bergantungan untuk menyelesaikan masalah. Bukan selalu tapi sekali sekela kita perlu dengan beradap mengelak dari terima masalah dia untuk dijadikan masalah kita
Sastri:
Kerja memang selalu beri tekanan pada Am terutama bila semua dekat dengan due date dan ada pula yg beri hari ini nak siapkan semalam hehehe
BP:
Setuju sangat dgn pendapat BP tu
Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbaza,yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan.
Bila kita terima kesemua itu, kita Redha.
Cantik bahasa jie tu dan Am setuju semuanya. Sebenarnya itulah yang membuatkan hidup ini indah