Bercerita tentang TAMBANG
K'jaan setuju naik tambang bas Jul 29, 08 4:24pm Kerajaan bersetuju tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara dinaikkan tetapi tidak sehingga 100 peratus seperti yang dipohon oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar. Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005. "Peningkatan kos operasi juga disebabkan kenaikan harga barang-barang lain seperti tayar, minyak pelincir dan bateri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan kementerian itu di Putrajaya hari ini. Selanjutnya Komen Am Bila minyak naik Orang mula naik bas dan LRT, bila tambang bas dan LRT naik Orang naik kereta semula, bila minyak naik lagi Orang naik bas dan LRT semula, Berulang dan terus Berulang. Nota Kaki: Minyak naik semua naik, dulu kata boleh kawal.....chitttt.... Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang TAMBANG"
JALAN KAKI KJ JAUH.. NAIK KERETA MINYAK MAHAL... NI BOLEH BUAT RAKYAT SAKIT MENTAL...
NAZA