Bercerita tentang HUJUNG MINGGU LEPAS
Minggu lepas Am rupanya tak perasan ada satu lagi jemputan perkahwinan, mujur kawan Am ingatkan dan sabtu lepas kami sekeluarga menghadirinya walaupun sesat sikit gara-gara peta dalam kad jemputan tu salah sikit. Angin kejab Am pada orang yang buat peta dalam kad tu hehehe 2. Kebetulan laluan balik tempuh Zoo Negara jadi Am dan isteri menunaikan permintaan anak Am untuk ke Zoo Negara. Yang tak sedapnya masuk sahaja Zoo hujan mula turun. Tunggu sekejab hingga hujan berhenti, kemudian hujan balik, tunggu balik, kemudian hujan balik... hinggalah sampai Am balik hehehe. Tapi dapat jugak Abang tengok hampir semua haiwan kat Zoo tu kecuali ular. 3. Satu lagi janji Am pada Abang ialah nak bawa tengok CicakMan2, yang ni masih belum pasti bila akan tertunai, harap-harap hujung minggu ini dapat tunaikan. 4. Adik Am tunang? Semuanya ok cuma lambat sampai rumah perempuan dan seperti hari sabtu hujan melanda, jadi adik Am bertunang dalam keadaan basah dan hujan lebat hehehe Nota Kaki: Memang sibuk Hujung Minggu lepas sampai daging korban tu pun tak sempat makan lagi hehehe |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang HUJUNG MINGGU LEPAS"
Cuaca kjap ujan kjap panas, badan pon terkejut ngn perubahan cuaca
tu berkat la tu, ujan time tunang... tapi mesti menjejaskan sikit acara kan..maklum la sekatan dan halangan..
AM, kena buat istilah tunang basah la macam ni. Maknanya bertunang time musim hujan, boleh?
salam Am..
hujung minggu penuh aktiviti segala..harus bijak bahagi masa tu...
Faizah:
Betul tu Faizah, kita ok lagi, budak2 lagi eruk
Irman:
Memang pun, lepas majlis sibuk pula cari payung yang dah berpindah randah hehehe
AbahMuizz:
Istilah baru tu abah, mungkin sesuai untuk zaman hujan sekarang ni tapi takut org salah faham pula maksudnya hehehe
Sri:
Memang pun sri, terpaksa pergi mana yang dulu ajak....