Bercerita tentang SUBUR
Di pejabat Am ni sekarang ramai yang pregnant, tahun lepas ada sorang atau dua. Tahun ni kalau tak silap ada 3 orang akan lahirkan baby. Meriah betul rasanya hehehe Ada kawan sekerja Am beritahu tempat yang kami pindah ni SUBUR. Kenapa ya? Mungkin kerana ada dua kakak kat sini yang dah bertahun-tahun kahwin tapi tak dapat2 juga anak. Bila pindah kesini baru pregnant hehehe. Bagi Am bukan subur tapi dulu tak ada rezeki tapi sekarang baru ada. Apa-apa pun Am tengok muka mereka yang berjaya pregnant tu makin ceria sekarang. Am tak cerianya adalah beberapa orang yang tak pregnant termasuk Am pasal nanti terpaksa mengantikan mereka untuk bermesyuarat bila mereka cuti panjang nanti hehehe. Nota Kaki : Jangan tanya Am bila nak tambah lagi ya hehehe.... |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang SUBUR"