eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, June 23, 2006

Bercerita tentang "Banyak Perkara" 5

Pagi


Photo pagi ini Am rakamkan semasa hendak pergi kerja juga, kalau photo pagi sudah tentu waktu kerja sahaja hehehe tapi Am dah lupa bila masanya Am rakamkan photo ini.

Am sedang mengedit photo dari kamera canon itu untuk dipaparkan dalam blog Am nanti

Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semenjak dua menjak Am memang Sibuk habis, sampai nak update blog pun tak sempat, hari ini petang baru ada masa sedikit untuk buat entry baru, bulan 6, 7, 12 dan 1 memang bulan sibuk Am, banyak benda yang perlu disiapkan. Bila sibuk ni masa cepat sahaja berlalu, sekejab sahaja dah tengahari dan sekejab sahaja dah sampai waktu balik, nak mengantuk pun tak sempat hehehe.

Portugal dah berjaya ke pusingan kedua Piala Dunia, gembira Am ditambah pula Portugal ke pusingan kedua dengan mata penuh (9 mata), akan bertemu pula dengan Holland pada pusingan kedua, bahaya ni tapi Am dapat rasakan Portugal akan memang.

Jepun sahaja yang amat mengecewakan, tahu tak apa beza Jepun dan Korea? Korea lawan jaring gol dulu, dia mengejar dan berjaya menang dan seri tapi Jepun pula jaring gol dulu akhirnya kalah. Moralnya bagi Jepun lain kali jangan jaring gol dulu. Geram betul.... Harap-harap Korea akan berjaya kepusingan kedua pagi nanti.

Oh ya bagi peminat Akademi Fantasia jangan lupa konsert akan bermula pada pukul 8.30 malam pada hari sabtu, jangan pula tunggu pukul 12.30 petang pada hari Ahad nanti, kalau tunggu juga dapat tengok Melodi ajalah jawabnya hehehe


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: , ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Banyak Perkara" 5"

 

JOM TINGGALKAN JEJAK