AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, February 28, 2006

Bercerita tentang "Minyak"

Senja


Kalau tak silap photo ini Am rakamkan semasa Am pergi flat 10 tingkat bapa mertua Am, sudah lama dalam simpanan Am

Rasanya cuba mengambil photo matahari terbenam tapi tak menjadi seperti yang diharapkan

Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam semasa dirumah, lebih kurang pukul 11.00 malam isteri dapat sms dari rakan dia kata minyak akan naik 30 sen seliter, apa lagi dia pun suruhlah Am isi minyak kereta, kebetulan pula kereta Am memang dah keluar tanda suruh isi minyak.

Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama Am menceburkan diri dalam saingan mengisi minyak kerana harga minyak naik ni, selalunya buat tak tahu sahaja atau minyak kereta memang dah ada, sampai di pam minyak, punyalah banyak kereta, 3 pam minyak Am singgah sebelum dapat cari yang kurang orang sikit, nasib baik dapat isi sebelum pukul 12.00, harga lama lagi.

Tapi malangnya hanya boleh isi RM50.00 sahaja, tak boleh isi penuh pula, alasan mereka kerana takut tak cukup minyak untuk semua orang nanti, tak apalah apa pun alasan mereka, janji Am berjaya juga isi RM50.00 dari tak dapat lansung.

Mungkin inilah kali pertama Am tak begitu panas hati bila minyak naik harga, mungkin kerana terlalu banyak papan tanda tentang subsidi kerajaan keatas setiap liter minyak yang Am gunakan atau Am sendiri sudah lali dengan kenaikkan harga minyak. Am rasalah ini bukan kali terakhir minyak akan naik tahun ini, mungkin ini yang pertama dan yang kedua, ketiga akan menyusul entah bila.

Fakta Menarik
Shakespeare invented the word 'assassination' and 'bump'.


Nota Kaki:
Sedang menghitung hari bila minyak akan naik lagi

Labels: , ,

Friday, February 24, 2006

Bercerita tentang "Sikap" 2

Pagi


Photo ini baru ambil pagi tadi, isteri Am yang tegur Am kata awan itu cantik, sekarang ini jika ada awan cantik selalu dia beritahu Am, selalunya tak dapat rakamkan kerana Am sedang memandu.

Photo ini isteri Am yang rakamkan, berbakat juga dia ni ya hehehe

Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Banyak benda yang hendak diceritakkan tapi hari ini Am hendak bercerita tentang satu lagi sikap orang kita yang Am rasa kita patut bersama-sama fikirkan dan renungkan.

Baru-baru ini berbual dengan isteri Am, isteri Am ada kata yang kawan dia susah untuk mencari orang mengajar anak dia mengaji, bukan tak ada orang mengajar cuma orang itu tak nak mengajar anak kawan isteri Am itu. Alasannya kerana suami kawan isteri Am itu tidak selalu datang sembahyang disurau. Bagi Am itu alasan yang bodoh dan hanya digunakan oleh orang yang berfikiran cetek dan ego sahaja.

Jika benar ayah tak pergi surau mengapa anak pula yang ditindas, sepatutnya kita memberi ilmu pada orang yang memerlukannya bukan memilih pada siapa kita nak ajar dan melihat latar belakang budak itu. Kalau itu pun kita fikirkan dimanakah keiklasan kita sebenarnya.

Tak cukupkah setiap hari didada akbar orang islam ditindas disana-sini, kita sebagai orang islam pun hendak menindas sesama sendiri. Sepatutnya kita makin bersatu dan mengembangkan ilmu yang ada pada kita keseberapa ramai orang yang kita termampu. Am rasa mereka-mereka ini jauh lebih bijak tentang islam dari Am dan Am rasa mungkin mereka tak pernah jumpa ayat yang hanya membenarkan mereka mengajar pada budak yang ayahnya pergi surau sahaja dan tak boleh mengajar pada budak yang ayahnya jarang pergi surau.

Fikiranlah
LAUTAN DOSA - Hidup ini jalan sehala, Kematian menanti dihujungnya, Jadi..awasilah jejak masa, Jangan biarkan hati menjadi mati.. lalu tenggelam di lautan dosa


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels:

Thursday, February 23, 2006

Bercerita tentang "Tag"

Mendung


Langit mendung ini Am rakamkan ditingkap pejabat Am, cantik juga nampak langit mendung tu.

Langit mendung ini bagai bercerita tentang bermacam penyakit yg ada di Negara kita sekarang ni.


Langit Pelik
Original Upload from O2 Xda II mini

Ok hari ini nak membayar segala hutang Tag Am, tak jawab terasa macam berhutang pula, bila dah jawab ni rasa legalah pulak

Tag 1
Nama Penuh : Nak tahu ker, terperanjat kang hehehe
Nama Manja : banyaaaak..anak panggil abah, isteri panggil sayang hehehe, member blog panggil Am, ada juga yang panggil abang (naik bulu roma)
Tarikh Lahir : 11 Ogos (jgn buat-buat lupa pula nanti ya)
Anak ke : tiga ( 3 is my fav number )
Kini menetap di : Cheras, Selangor
Kelahiran : Saya anak Malaysia
Status : banyak kali dah bercouple akhirnya dah berkahwin (baru sorang)
Pekerjaan : Assistant Company Secretary (pernah dengar ker kerja ini?)
Hobi : Baca komik (nak join Am ker)
Artis Kesukaan : Dulu suka Camelia (sekarang tak tahu pulak)
Haiwan Kesayangan : macam tak ada aja tapi semut sayang Am, kemana Am ada disitulah dia ada
Warna Kegemaran : Biru, hijau pun suka juga, hitam pun suka juga, pernah suka putih juga, ungu pernah suka sekejab, oren suka sekejap sangat masa sokong Zahid
Tentang Saya Yang Perlu Anda Ketahui : Apa nak cerita ya, Am tak byk bercakap bila baru kenal orang kerana takut salah cakap tapi bila dah kenal memang banyak cakap sampai tak terlayan kot, suka berterus terang, pemarah pun ada jugak dan perangai yang paling teruk ialah Am seorang yang cuai (sedang cuba ubah)

Tag 2
Something you want to do in your life :
Bahagiakan Ibubapa, bahagiakan Isteri dan anak, bahagiakan diri sendiri
One song that you could listen over and over again :
Ada satu lagu tu, Am dah lupa penyanyi dan tajuknya, liriknya lebih kurang bergini - Anak2 kecil mengoncangkan ibunya yang lemah longlai tak lagi bernyawa,....
Coke or Pepsi?
Dua-dua pun tan nak, Sirap limau satu
Something you currently desire :
Ada bonus, gaji, kenaikan gaji tapi tak perlu pergi kerja, ok tak
One good deed you've done lately :
Apa ya tak ingat pulak....
A funny moment in your life :
Pandang awek sampai langar tiang lampu, kelakar ker tak (buat malu aja)

Tag 3
4 jobs
1. Tolong orang jual buah, ini pertama kali kerja (kerja sambil sekolah)
2. Tolong abang angkat berniaga kedai makan (Kerja sambil sekolah)
3. Kerja kilang (seronok kerja kilang, gaji sebulan 2 kali)
4. Kerja sekarang ni, di Menara Tun Razak..
4 movies
1. Spiderman - rasa macam nak jadi spiderman pula..
2. King Kong - Langsung tak rasa macam nak jadi King Kong tu
3. Pride and Prejudis - Temankan isteri tapi tetap layan
4. Narnia - Yang ini temankan anak (Am pun minat juga sebenarnya)
4 places I have lived
1. Rumah Flat - Rumah mak ayah
2. Teres 2 tingkat - Sewa sebelum kahwin
3. Teres setingkat - Sewa lepas kahwin
4. Kondo - Rumah Sendiri
4 tv shows I love to watch
1. CSI Vegas
2. CSI Miami
3. CSI New York
4. Alias
4 places I've been on vacation
1. Tioman
2. Langkawi
3. Penang
4. Melaka
Empat aja, banyak lagi nak tulis ni hehehe
4 blogs I visit daily
1. Klinik Minda - Sendiri punya daaa..
2. Blog yg meninggalkan jejak di blog Am
3. Blog yang Am linkkan dgn blog Am
4. Blog yang linkkan Am
4 of my favorite food
1. Masak lemak Cili Api
2. Masak Lemak Putih
3. Sup
4. Telur mata kerbau
4 places i'd rather be:
1. Sudah tentulah hajat pertama nak gi Mekah.
2. New Zealand (Org kata tempat ini cantik)
3. United Kingdom (Boleh jumpa Noush nanti)
4. Hawaii...seksi dan seksa Am disini nanti hehehe
4 albums I can't live without
1. Tak ada lah pulak
2. -
3. -
4. -
4 vehicles I owned
1. Kawasaki Victor (dah jual)
3. Iswara Aeroback (dah jual)
3. Wira Aeroback (sedang digunakan)
4. Spaceship Star Trek (akan datang)...
4 mangsa seterusnya...
1. Pada sesiapa yang nak sambung
2. Pada sesiapa yang tiada idea nak tulis entry
3. Pada sesiapa yang ada cerita lebih menarik
4. Pada sesiapa sajalah

Nota Kaki:
Menjawab Tag bagai bercerita tentang peribadi diri tapi masih menyimpan sedikit untuk diri sendiri

Labels:

Wednesday, February 22, 2006

Bercerita tentang "Dua Perkara" 2

Malam


Sudah agak lama Am tak memaparkan photo waktu malam, bukan apa cuma kemera telefon Am ini selalunya tak dapat menghasilkan photo malam yang cantik.

Photo ini Am rakamkan semasa balik kerja dalam keadaan jalan yang sangat sesak

Malam...
Original Upload from O2 Xda II mini

Ok hari ini nak bercerita lagi tentang dua perkara tapi kali ini bukan tentang orang lain tapi mengenai diri Am. Ada dua perkara yang Am rasa Am ni sangatlah tak bertuahnnya. Bukan nak merungut tapi hanya nak bercerita sahaja.

Pertama mengenai pancing ikan, dalam seumur hidup Amlah, semenjak kecil mengikut ayah Am memancing hinggalah memancing sendiri, tak pernah satu ikan pun berjaya Am pancing, semasa dengan ayah Am, ayah Am duduk sebelah Am sahaja tapi dapat ikan tapi Am pula, apa orang kata tu sampai berjangut tak dapat satu ikan pun. Kadang2 nak juga rasa bagaimana perasaan bila dapat ikan, nak sahaja Am sangkutkan ikan dimata kail Am dan letakkan dikolam kemudian jerit "Ikan dah makan umpan" hehehe

Kedua mengenai cabutan bertuah, walaupun namanya cabutan bertuah tapi Am tak pernah dapat pun, minggu lepas semasa boling, member pasukan Am semua dapat, Am sorang aja tak dapat. Agaknya Am kena berusaha untuk dapatkan sendiri apa yang Am hendak tanpa cabutan bertuah ini. Am tak kisah sangat kerana Am rasa hidup Am ini sendiri dah bertuah.


Fikiranlah
ILMU - Barangsiapa yang tidak hendak maju dalam mencari ilmu, maka jiwanya seumpama pelita yang kehabisan minyak... makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap.


Nota Kaki:
Ada 3 Tag yang Am belum jawab lagi, minggu ini mungkin Am akan jawab semuanya, tunggukan kemunculannya.

Labels: ,

Tuesday, February 21, 2006

Bercerita tentang "Dua Perkara"

Senja


Kembali memapar photo awan senja setelah sekian lama dengan awan pagi dan tengahari, photo ini sudah agak lama dalam simpanan.

Masih cuba merakamkan photo senja yang benar-benar memuaskan hati Am. Setakat ini belum ada yang benar2 memuaskan hati.

Pancaran...
Original Upload from O2 Xda II mini

Entry kali ini bagai melepas geram, jadilah bacalah dengan perasaan geram hehehe

Semasa main boling di One Utama hari Ahad lepas, ada dua benda yang Am lihat dan menyakitkan hati Am, dua benda yang bagai sudah menjadi kebiasaan dan makin menjadi ikutan dikalangan orang-orang Malaysia sekarang.

Pertama Am lihat ada beberapa orang perempuan yang pakai seluar punyalah rendah dari paras pinggang, Am rasalah kalau Am tarik maunya tertanggal seluar dia, dengan baju yang lebih tinggi dari pinggang dan mendedahkan perut mereka. Terfikir juga Am, tak malu ker mereka ini, Am sebagai lelaki nak dedah perut pun malu ditempat umum macam itu, ini pula mereka perempuan yang masih muda belia lagi. Yang pastinya Am tak nampak perasaan malu pada mereka, perasaan bangga adalah agaknya.

Kedua Am lihat lelaki pula pakai baju, ok tu tak ada masalah, masalahnya ialah apa yang tertulis dibaju tu, perkataan F*ck Off, F*ck*r dengan besarnya terpampang didepan baju mereka, dengan muka ala mancho dan sedikit garang, mereka berjalan dengan bangga seolah-olah baju itu memberi kebanggaan kepada mereka. Adakah mereka tak faham apa maksud yang tertulis dibaju mereka? atau mereka memang nak itu tertulis dibaju mereka.

Yang paling menyedihkan ialah hampir semua yang melakukan 2 perkara itu ialah anak bangsa kita, masih muda dan itulah golongan yang bakal mengantikan kita dimasa akan datang.

Kata-kata Menarik
A crocodile cannot stick its tongue out.

Nota Kaki:
Kita benci bila orang membenci, mengkritik dan memandang serong pada kita tapi kita dengan sengaja memberi terlalu banyak ruang untuk orang lain untuk berbuat demikian.

Labels: , ,

Monday, February 20, 2006

Bercerita tentang "Gigi"

Tak


Photo ini Am rakamkan baru sahaja pagi tadi, ambil secara tidak sengaja dan secara terburu-buru, hasilnya nampak menarik pula.

Betul juga kata orang photo yang kita ambil secara selamba ini kadang-kadang menghasilkan photo yang amat menarik.

Pancaran...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam merupakan hari yang bersejarah buat anak Am, kali pertama gigi dia tercabut atau terpatah. Yang mana satu nak panggil Am pun tak pasti. Anak Am punyalah seram semacam, muka dia punyalah risau, asyik sentuh tempat gigi dia yang tertanggal itu sahaja.

Lepas tu tak nak makanlah pulak, takut sakit, laaaa punyalah payah dia ini, paksa juga akhirnya dia makan juga, itupun tak banyak, mengunyah pun nampaknya berhati-hati dia ni. Paling kelakarnya dia cakap, "Abah sekarang tak nak makan gula-gula lagi" hehehe tahu takut rupanya.

Am dan isteri terangkan pada dia, jangan takut semua orang pun gigi akan tertanggal dan ganti gigi baru. Nampak macam dia faham sahaja tapi tak tahulah samada dia betul-betul faham

Sajak Menari
Kulihat dia menari
Dengan mulut bergerak
Membaca tapaknya

Kulihat dia Menari
Dengan tangan beralun
Memukul angin

Kulihat dia menari
Tanpa tersenyum
Bagai mencari rentaknya

Menarilah anakku
Kerana hidup ini
ada tariannya

AbahMuda@ Am 2006


Fakta Menarik
The ant always falls over on its right side when intoxicated.


Nota Kaki:
Seperti yang diduga pasukan Am kalah dengan jayanya dalam pertandingan boling semalam hehehehe

Labels: , ,

Friday, February 17, 2006

Bercerita tentang "Kesucian"

Terlupa


Photo ini Am rakamkan dikawasan perumahan Am, bawa anak ke taman permainan terlihat pula awan yang manarik ini, semacam memangil Am merakamkannya

Ingat nak ambil ohoto hujan, tiba-tiba pula hari sudah tak hujan

Langit Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Beberapa hari yang lepas terbaru dalam muka surat depan satu akbar tu, Am sendiri sudah lupa apa akbar tu, cuma cerita yang dipapar itu yang manarik perhatian Am.

Sekarang sudah ada satu khidmat seks baru dimana mereka boleh lihat seluruh anggota badan gadis itu tapi tak boleh sentuh. Wanita itu beri alasan kerana ingin menjaga kesucian mereka. Aduh.... amat cetek pemikiran mereka mengenai erti kesucian. Secara peribadi bagi Amlah masih adakah kesucian itu lagi jika kita telah memaparkan seluruh anggota tubuh kita pada yang bukan muhrim, bagi Am kesucian bukan sahaja pada 'dara' tapi pada keseluruhannya.

IRIS - Awie (Album - Santai)
Kau masih ku cintai
sungguh
dari awal dulu hingga hari ini
aku pasti seyakinnya pasti
kaulah satu untuk ku
kau masih dewi hatiku

sungguh
biar sejuta parut hilang di hati
usah gusar sayang
usah ragu aku milikmu

cintaku
jika kau tanya pada bintang
kemilauan sinar tak kan hilang
akan aku sinari dunia mu
moga terpadam sangsimu

cintaku
jika kau lihat tingginya awan
takkan tercakar tinggi cintaku
hanya hatiku tahu apa mahuku
dan dunia ku pastinya milikmu
hingga ke akhir hayatku

kau masih ku cintai
sungguh
dari hari pertama kau ku nikaihi
aku pasti yakin dan pasti
engkau milik ku

Aku Cinta Padamu

Isteri Am dan Am memang minat lagu ini, kali pertama dengar sudah tertarik dengan lagu ini, sudah lama cari liriknya baru dapat. Isteri Am tak minat penyanyinya cuma minat lagunya sahaja

Fakta Menarik
Like fingerprints, everyone's tongue print is different.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: , ,

Thursday, February 16, 2006

Bercerita tentang "Anak"

Pancaran


Am suka photo ini kerana lain dari photo yang rakamkan sebelum ini, photo ini hanya nampak pancaran matahari itu sahaja, matahari bagaikan bersembunyi

Ada beberapa koleksi lagi photo ini, mungkin Am akan paparkan kemudian untuk tatapan semua.

Pancaran...
Original Upload from O2 Xda II mini

Nanti kalau dah sekolah menengah mama hantar sekolah naik kereta wira ni malu tak?
Taknak....
Habis nak naik kereta apa?
Waja.....

Kalau dulu anak Am ni macam kena sawan HF sampai Am terpaksa sorokkan HF dia, sekarang dia dah mula sawan kereta waja pula, bising dia pada Am suruh tukar kereta waja, dia kata dia dah tak suka kereta wira. Dengan wan pun dia kata yang nak suruh abah tukar kereta. Amboi sedap betul dia cakap, dia ingat senang sahaja nak tukar kereta.

Dulu semalam dia cerita dia sudah ujian spelling tu, teacher dan kawan-kawan tepuk tangan pasal dia jawab semua betul dan hanya dua orang sahaja tak jawab semua betul. Dalam kereta Am dan isteri pula tepuk tangan pada dia dan seperti biasa dia tersenyum ala-ala malu tu. Dalam hati Am tertanya-tanya juga betul ker dia jawab semua betul.

Kebetulan bercerita ini, nak cerita sikit pasal anak kawan Am malu mama dia hantar dia ke sekolah naik kereta Iswara lama, siap suruh berhenti jauh-jauh lagi. Macam-macam anak sekarang kecil-kecil lagi dah tahu malu. Kalaulah anak Am malu dengan kereta Am nanti, apalah yang Am dan isteri akan buat ya? Harap-harap dia bangga dan tak malu dengan apa yang abah dan mama dia ada.

Sajak Buat Perhentian
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

AbahMuda@Am 2006


Fakta Menarik
On average, people fear spiders more than they do death.


Nota Kaki:
Sejak tagboard 'Msjbox' sudah beroperasi semula ni, Am perasan kebanyakkan blog sudah ada 2 tagboard termasuklah blog Am ini, sayang pula nak buang tagboard yang lagi satu tu

Labels: , ,

Wednesday, February 15, 2006

Bercerita tentang "Pelik"

Terlupa


Photo ini sudah lama berada dalam simpanan Am sehingga Am terlupa kewujudannya, yang peliknya Am sendiri sudah terlupa ini photo matahari terbit atau terbenam

Mungkin selepas ni Am kena atur balim semua photo Am agar tak terlupa lagi.

Langit Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Alhamdulillah, masih sihat lagi Am hari ini dan masih mampu berceloteh disini, bersyukur kerana mata ini masih mampu melihat, otak ini masih mampu berfikir dan setiap angota masih mampu bergerak.

Ada satu benda yang Am peliklah sesangat kalau pergi gerai, restoran, kedai makan ni. Ada satu benda murah yang mereka punyalah kedekut. Cuba fikir apa dia...... "TISU". Punyalah diaorang sorak tisu mereka ini kalau ada pun punyalah nipis sampaikan kalau cuci tangan nak lap memang tak cukuplah tisu tu.

Am rasa mereka ini memang dah mengkaji bidang perniagaan makanan inilah, tisu memainkan peranan penting dalam untung atau rugi mereka, berjaya menjimatkan tisu akan menambahkan untung mereka berlipat kali ganda. Kalau tidak pun kurang tisu akan jadi penarik bagi kedai mereka, pelanggan akan datang beramai dan balik balik dengan muka yang tersenyum manis.

Sedih betul Am rasa, sudah duit tukar memanjang tak ada, tisu pun tak ada, satu hari nanti silap-silap pelanggan pun mereka tak ada. Masa itu barulah nak jeles dengan kedai lain pulak.

Sajak Dihujung Nota
Dihujung Nota ini
Kutulis secebis sajak
Tanpa rasa, tanpa makna, tanpa rahsia

Dihujung Nota ini
Kutulis sajak rindu
Tentang yang pergi
Tentang yang pulang
Tentang yang kaku

Dihujung Nota ini
Kutulis sajak picisan
Buat teman...
Buat Diri...
Buat mereka....

AbahMuda@Am 2006


Fakta Menarik
Women blink nearly twice as much as men!!


Nota Kaki:
Ada dengar iklan EON Mawi diradio, dia bawa kereta lagi tapi malang kena langgar, pelik juga Mawi tak ada lesen macam mana boleh bawa kereta, aaaaaaa abg polis apa lagi saman dia...saman dia

Labels: , ,

Tuesday, February 14, 2006

Bercerita tentang "Tol"

Kembali


Langit biru... kembali lagi, melekakan aku dalam kekaguman, melalai aku sebentar dari kenyataan
Langit biru... jangan abaikan aku lagi, kerana mata ini masih belum jemu memandangmu dan mulut ini masih belum puas memujimu

- Am@Abahmuda 2006


Kembali Membiru...
Original Upload from O2 Xda II mini

Dalam banyak-banyak plaza Tol yang Am lalu Am perasan hanya satu plaza tol yang juruwangnya sangatlah sombong, ambil duit hanya hulur tangan dan pandang arah lain tanpa senyuman dan ucapan terima kasih. Rasanya kalau Am hulurkan ular ganti duit pun dia tak perasan kot hehehe. Kadang kala geram juga Am hendak sahaja Am tanya dia kenapa dia sombong sangat, takut bergaduh pula nanti, kesudahannya dia marah Am dan Am marah dia, tak berbaloi rasanya, hati memang dah sakit bertambah sakit pula nanti.

Baru-baru ini ketika Am kearah PutraJaya, bayar tol, punyalah baik juruwang itu, siap berikan senyuman dan ucapan terima kasih, terperanjat Am dan isteri Am, Am kata pada isteri Am, baik betul, rasa macam nak pusing balik dan bayar lagi sekali tol pula hehehe.

Kebetulan cerita pasal tol ini, ada seorang juruwang itu yang Am dan isteri gelar "Toll Gate Girl" ala-ala cerita Amy Mastura tulah, Kenapa Am gelar begitu? kerana dia dia punya mekap punyalah lawa, dengan bedaknya, gincunya, celaknya, fesyen rambutnya, juruwang tu pun memang cantik pun. Kalau lalu tol itu Am selalu cakao dengan isteri Am, harap2 jumpa juruwang itu dan kalau dapat beri 'Namecard' pun ok juga hehehe

Hakikatnya ramai juruwang tol ini yang baik, murah dengan senyuman, rajin memberi ucapan terima kasih, hanya segenlintir sahaja yang begitu sombong dan kedekut dari segi segala-galanya.

Kata-Kata Menarik
"There are people who want to be everywhere at once, and they get nowhere." --Carl Sandburg.


Nota Kaki:
Dengan pertolongan
Syah dan Noush, Am sedang dalam percubaan untuk meletakkan senarai lagu dalam blog Am, jika ada sesiapa yang minat lagu boleh beritahu Am, kalau ada dalam simpanan Am, Am akan cuba uploadkan disitu nanti.

Labels: , ,

Monday, February 13, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Langit


Photo langit ini baru pagi tadi Am rakamkan, sebenarnya ada langit yang lebih manarik tapi tak boleh ambil kerana Am tengah memandu.

Photo ini pun Am rakamkan semasa jalan jem, cantik betul langit pagi-pagi ini macam warna emas pun ada.

Langit Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Sebenarnya tiada apa yang hendak diceritakan pada hujung minggu, aktiviti banyak dirumah sahaja, betul punya berehat dan malas nak kemana-mana. Sebenarnya Am sahaja yang malas kalau ikut isteri Am menang banyak tempat dia nak berjalan.

Kami cuma melawat kawan Am yang dapat anak lelaki tu sambil melayan main game dengan dia, kawan Am ini memang peminat setiap game PS2, kalau Am lawan dengan dia memang riuh rumah itu dibuatnya, dia memang seronok kalau dapat kalahkan Am walaupun hakikatnya setiap kali main memang Am yang kalah pun.

Malam tadi pula ada tarian naga ditempat Am tinggal, riuh dibuatnya, nasib baik tarian naga itu di kawasan kolam renang kalau dirumah maunya bergema blok Am itu. Apa-apa pun memang meriah macam pesta pula, ramai orang pakat turun untuk tengok termasuklah Am dan keluarga.

Ok esok sambung cerita yang lain pula, pangilan tugas dan menjerit, banyak yang perlu diaturkan dan dibuat

Sajak Buat Bersamamu
Ku cuba merasa cinta dalam leka
menghular kasih tanpa rasa
meminta rindu tanpa suara
memijak tanpa tapak

Menangis tanpa suara
Dengan airmata yang kering
Pada mata bagai tidak memandang
Pada telinga yang tak mampu lagi mendengar

Mengertikah kau, sayukah kau
Tadahkan airmatamu buat ku
Jeritkanlah deritaku pada mereka
Hulurkan tanganmu, Ringankan Bebanku


AbahMuda@Am 2006

Fakta Menarik
Elephants are the only animals that can't jump.


Nota Kaki:
Minggu depan ada pertandingan boling tapi berlatih pun tak pernah lagi ni, nampaknya hanya cukupkan perserta sahajalah Am nanti ni

Labels: ,

Friday, February 10, 2006

Bercerita tentang "Anak"

Kembali


Senja.... datang dengan gahnya melengkapkan percaturan antara siang dan malam
Dan aku.... masih tertanya-tanya adakah telah mampu menghadap senja dengan tersenyum atau masih terkejar-kejar mencari masa
- Am@AbahMuda 2006


Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam Anakomak ada minta Am bercerita tentang anak-anak Am tapi terpaksa menghampakan anakomak kerana Am hanya boleh bercerita mengenai anak Am sahaja bukan anak-anak Am kerana anak Am baru sorang dan anak-anak yang lain belum lahir lagi hehehe

Ok, pertama cerita mengenai luka dahulu, luka dah sembuh cuma kesannya masih belum hilang, isteri Am memang risau habis, sekarang tiap-tiap hari sapu vitamin c supaya kesan hitam luka itu hilang. Kalau tak hilang kurang hensemlah anak Am nanti dan saham dipasaran pun akan jatuh sedikit, tapi bagi Am boleh hilang kot kerana dulu kesan lain boleh hilang sekarang pun boleh hilanglah agaknya. Cuma kena sabar tunggu sahajalah.

Tentang buat kerja sekolah masih macam dulu, payah tapi adalah sedikit senang nak suruh, Am masih garang dan isteri merungut Am garang sangat (bagi Am taklah garang mana pun, ambil rotan pukul meja boleh kira garang juga ker? suara memanglah keras sikit), akhirnya dia yang mengajar. Itulah kerja kami berdua tukar-tukar mengajar.

Yang seronoknya anak Am sekarang setakat 2 atau 3 sukukatadan beberapa perkataan yang senang dah boleh eja, rasa banga pula kami berdua, tadika dia sekarang pula ada ujian ejaan, beri 5 perkataan bahasa malaysia dan 5 perkataan bahasa inggeris, dia kena hafal dan kena tulis bila cikgu dia sebut nanti. Setakat ini bila Am tanya semua dia boleh eja dengan baik, tak sabar nak tunggu dia ujian dan keputusan ujian samada betu dia boleh buat atau tidak.

Kata-kata Menarik
"Whether it's the best of times or the worst of times, it's the only time we've got." --Art Buchwald.


Nota Kaki:
Kawan Am baru dapat anak perempuan, sekarang sudah ada empat anak, kahwin sama hari dengan A tapi Am baru sorang dia dah empat, jenuh nak mengejar ni hehehe
Pembetulan sedikit, kawan Am dapat anak lelaki bukan perempuan, macam mana boleh silap ni

Selamat berhujung minggu semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: , ,

Thursday, February 09, 2006

Bercerita tentang "Makcik 5 Ringgit"

Kembali


Salah satu dari koleksi Awan biru terbaru Am, langit kembali cerah dan panas terik dan awan kembali berarak dan langit kembali membiru

Sekarang ini agaknya musim panas sudah kembali, cuaca yang sesuai untuk mencuci dan menyidai baju

Kembali Membiru...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari ini nak bercerita tentang Makcik 5 Ringgit yang berniaga ditepi jalan bangunan pejabat Am. Gelaran ini sebenarnya rakan-rakan Am yang beri kerana setiap kali Am beli nasi dengan dia 99% mesti harganya RM5.00 dengan air. Pernah sekali dulu Am cuba ambil nasi separuh dan letak lauk sikit pun RM5.00 juga, masa itu memang kena gelak besar dengan rakan-rakan Am.

Pelik juga Am kenapa selalunya Am kena RM5.00 sahaja, semalam ternampak duit tukar dia dibawah suratkhabar, kebanyakkanya duit not RM5.00, patutlah RM5.00 senang nak beri duit tukar kot hehehe

Apa-apa pun Am rasa taklah mahal sangat berbanding dengan tempat lain yang kadang-kadang nasi sahaja pun dah cecah RM4.80 Sabar sahajalah makanan pun dan melambung-lambung harganya. Harap-harap makcik ini tak lah tukar jadi Makcik 7 ringgit ker atau makcik 10 ringgit pulak nanti.

Fakta Menarik
All polar bears are left handed.


Nota Kaki:
Semalam kali pertama lihat didepan mata MPKJ menjalankan operasi merampas dan menutup gerai-gerai tanpa lesen ditepi jalan, cepat betul mereka buat kerja, tak sampai 10 minit 2 kedai licin mereka angkat atas trak.

Labels: ,

Wednesday, February 08, 2006

Berceita tentang "Pembawa S*al"

Memancar


Photo ini Am rakamkan ketika melihat matahari bagai memancar dicelah awan dalam keadaan cuaca yang semakin panas sekarang

Nampaknya awan biru makin banyak sekarang, ada beberapa simpanan awan biru dalam simpanan Am, mungkin Am akan paparkan disini dihari yang akan datang

Memancar...
Original Upload from O2 Xda II mini

Tentu ramai yang menonton drama bersiri Natasya kan, bukan Am nak cerita mengenai cerita itu tetapi ingin bercerita mengenai pandangan setengah-setengah masyarakat, kadang-kadang pelik juga setinggi mana kedudukkan, kekayaan, pelajaran mereka tetapi mereka masih tidak dapat membuang pandangan kolot mereka.

Secara peribadi bagi Am tiada perkataan pembawa s*al, bagi Am kita yang menentukan hidup kita sendiri dengan doa dan berusaha, tak kisah apa yang orang lain kata tentang diri kita asalkan kita sendiri tidak berpandangan negatif pada diri kita, kita kena ingat setiap perkataan itu merupakan doa, bila kita sendiri kata diri kita pembawa s*al seolah-olah kita telah mendoakan diri kita untuk jadi sebegitu.

Satu lagi setiap apa yang datang kepada kita adalah ujian dari tuhan untuk menguji kita dan memberi pahala kepada kita kalau kita tahu bersyukur dan bersabar, jadi tak patutlah kita angap benda itu sebagai s*al bukan.

Fakta Menarik
TYPEWRITER is the longest word that can be made using the letters only on one row ! of the keyboard.


Nota Kaki:
Perkataan itu sendiri tak sedap bila disebut apa lagi jika kita kaitkannya dengan orang lain.

Labels: ,

Tuesday, February 07, 2006

Bercerita tentang "Hilang Anak"

Tertarik


Photo ini koleksi photo yang Am rakamkan semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat, tekan punya tekan rasa unik photo yang diambil secara tidak sengaja ini.

Sebenarnya itu gambar bangunan disebelah perhentian keretapi Kuala Lumpur, keadaan waktu itu pun tidaklah segelap didalam photo ini

Tertarik...
Original Upload from O2 Xda II mini

Bukan nak bercerita tentang anak Am hilang hari ini, anak Am ok sahaja setakat ini tak pernah hilang pun, cuma hendak bercerita tentang pengalaman semasa pergi ke Tesco sahaja.

Dulu semasa Am pergi ke Tesco dengar pengumuman ini :

"Sila Ambil perhatian, sisini kami menemui seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 4 tahun, berpakaian bla bla bla..., ibubapanya sila ke kuanter pertanyaan...."

Minggu lepas semasa berada di Tesco, sampai sahaja Am dan isteri pengumunan yang sama kami dengar jumpa budak perempuan lagi dan selang 5 minit kemudian pengumuman yang sama lagi kami dengar tapi kali ini budak lelaki pula. Dua hari kemudian kami pergi Tesco masih dengar lagi pengumuman itu lagi.

Pelik juga Am, mereka ini cuai sangat menjaga anak, tidakkah mereka tahu sekarang ini ramai pencolek yang gemar mencolek budak kecil, Am pernah dengar cerita seorang pencolek yang ingin mencoleh budak dipusat membeli belah, mereka membotakkan budak ini dan mujur tidak dapat bawa lari kerana semua pintu telah dijaga oleh pegawai keselamatan kerana aduan kehilangan oleh ibubapa budak ini.

Takkan dah kena benda begini baru mereka nak beringat dan menyesal kot. Jangan kerana sedikit kecuaian kita, kita akan menangis sepanjang hidup kita nanti.

Fakta Menarik
The strongest muscle in the body is the tongue.


Nota Kaki:
Masih pening TagBoard baru memanjang problem sahaja.

Labels: ,

Monday, February 06, 2006

Bercerita tentang "Cuti" 3

Sg.


Photo ini Am rakamkan semasa sedang berpiknok si Sg. Gabai, sebenarnya ada juga rakamkan photo air terjun tapi nampak tak berapa menarik dan malu hendah paparkan disini.

Nampaknya perlukan kamera yang lebih canggih untuk mendapatkan photo air terjun yang lebih menarik dan lebih jelas

Sg. Gabai...
Original Upload from O2 Xda II mini

Seminggu bercuti, selain dari berpiknik tidak kemana-mana, sebenarnya memang tiada perancangan hendak kemana-mana pun. Cuti seminggu pula terasa begitu panjang bila tiada perancangan ini. Mungkin juga kerana cuti yang banyak beberapa bulan lepas menyebabkan dah tiada minat lagi nak kemana-mana.

Cuti ini banyak yang Am rindukan, rindu blog, rindu nak berceloteh, rindu pada blog rakan-rakan dan yang pastinya tak rindu pada kerja hehehe, kerja yang rindu pada Am kot.

Hari ini sudah kembali berkerja, banyak kerja yang perlu disiapkan tambahan pula hujung bulan ada mesyuarat dan banyaklah benda yang perlu disediakan. Nampaknya mulalah sibuk semula walaupun Am lihat sekeliling Am semuanya macam belum ada semangat nak berkerja lagi.

Sebenarnya banyak yang hendak diceritakan tapi mungkin mula besok kot, hari ini hendak mengatur kerja mana yang dulu perlu diselesaikan dan mana yang boleh ditolak ketepi dahulu seperti kata kawan blog Am dahulu "Work hard and Smart"


Nota Kaki:
Sudah mula rindu pada "Msjbox" entah bila akan pulih seperti biasa agaknya.

Labels: ,