eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, June 21, 2006

Bercerita tentang "Makmal Ujikaji"

Pagi


Photo pagi ini Am rakamkan semasa hendak pergi kerja minggu lepas kalau tak silap, sementara menunggu sempat juga Am rakam dua keping photo pagi itu

Am sekarang masih mengodek fungsi-fungsi yang ada dalam Kamera Digital Canon tu.

Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam Am terbaca di akbar yang dalam cara lama akan digunakan semula dalam memilih calon pelajar di pusat pengajian tinggi. Sakit hati tengok tapi tak terperanjat, perkataan pertama yang keluar dari mulut Am ialah "BIASALAH". Masih ingat lagi isu telefon bimbit, isu bahasa baku dan Am rasa ada beberapa isu lagi yang menjurus kepada kelemahan orang yang mencipta sistem itu. Yang bestnya tak ada ucapan minta maaf pun, dah rasa buat silap tu pandai-pandailah minta maaf.

Seperti yang pernah Am katakan dalam entry Am sedikit masa dahulu, Sekolah dan pusat pengajian tinggi bagai sudah menjadi seperti Makmal Ujian yang besar buat pemimpin-pemimpin untuk menguji peraturan-peraturan baru mereka, peraturan kalau tak boleh, kita tukar, kemudian tukar lagi dan lagi.

Yang pastinya isu Beg pelajar yang berat masih dalam kajian, Am tak pasti samada sudah ada tempat untuk pelajar menyimpan buku mereka disekolah kerana yang Am nampak pelajar masih mengendong beg yang besar-besar ke sekolah. Tak kan masih dalam kajian lagi kot? Ataupun masih menunggu peruntukkan? Ataupun itu isu basi? Ataupun tunggulah isu ini jadi panas semula?


Nota Kaki:
Terasa rugi masa bercakap pasal benda ini kerana suara kita terpaksa melalui banyak lapisan untuk sampai kepada yang tertinggi tambahan pula mereka dengar ke suara kita ni?

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Makmal Ujikaji""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK