Bercerita tentang "Hari Sukan"
Photo bunga raya ini Am rakamkan semasa balik kampung pada hari sabtu, susah betul nak rakamkan bunga raya ni sampai dikampung baru berjaya. Yang seronoknya pokok bunga raya mak Am pun ada sekuntum bunga nia sahaja. Am akan cari juga bunga raya versi KL punya untuk dipaparkan disini, kalau tak silap ada nampak baru-baru ini, itupun baru ditanam semperna bulan kemerdekaan ni. Seronok melihat Hari Sukan anak Am, walaupun dalam keadaan yang sedikit berjerebu tapi budak-budak bukan tahu pun. Semua sedang bersemangat dan tak sabar-sabar menunggu waktu mereka beraksi. Yang Am nampak ibubapa yang lebih-lebih bersemangat dan lebih-lebih kecewe bila anak mereka gagal hehehe. Paling seronok melihat anak-anak berumur 4 tahun bersaing sesama sendiri tanpa tahu apa itu kemenangan, yang mereka tahu mereka perlu cepat kegarisan penamat. Anak Am masuk satu acara dan tak menang pun, bangga Am kerana dia tak menangis walaupun dia tahu dia tak menang. Tapi bila balik kami belikan mainan "robot" pada dia sebagai hadiah hehehe.
Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hari Sukan""