Bercerita tentang "Anak"
Inilah Photo bunga jambu Air seperti yang pernah Am bneritahu dulu, Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung isteri Am, kalau tak silap semasa kahwin sepupu dia. Jambu Air ini memang sedap dimakan dan dicicah dengan kicap campur gula. Lupa nak cas bateri Kamera, awan tengah cantik pula kat luar tu, geram sahaja Am lihat awan tu Bunga... Dah lama tak buat entry pasal anak ni, leka dengan isu semasa sahaja. Ok, anak Am sekarang punyalah minat cerita "Power Ranger". Ini gara-gara Am belikan dia satu cd Power Ranger beberapa minggu lepas, dia boleh duduk depan komputer sepanjang hari dan ulang-ulang tengok cerita itu. Am kata dengan dia hanya hari sabtu dan ahad sahaja boleh tengok, hari sekolah tak boleh. Nasib baik dia dengar dan faham. Kebetulan cerita pasal komputer ni, dulu Am ingat selepas beli komputer bimbit tu, komputer lama Am tu hendak beri pada jiran. Tapi tiba-tiba anak Am tak kasi pula. Nampaknya komputer lama tu akan menjadi hak milik peribadi dia. Boleh juga dia dengar cd doa dan tengok cerita power ranger dia. Baru-baru ini dia dapat kerja sekolah, mengira duit. Am dan isteri memang pening macam mana nak ajar. Minta anak Am tunjuk pada Am dia sendiri dah lupa macam mana "Teacher" ajar dia. Akhirnya kerja sekolah itu tak berbuat dan dia buat disekolah. Sebenarnya Am sendiri dah lupa macam mana Am belajar mengira duit ni. Yang Am ingat Am dah tahu sahaja. Sekarang ini anak Am kalau buat kerja sekolah suka buat "Suprise". Dia kata "Abah, duduk dalam bilik, bila dah siap nanti kita Suprise". Memang "Suprise" pun, cepat betul dia siapkan kerja sekolah dia. Kalau sebelum ni setengah jam pun belum tentu siap tapi "Suprise" punya pasal dalam 10 minit dah siap, cantik pula tulisannya tu.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""