eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, September 18, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu yang Basah"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa hantar anak Am ketadika padi tadi, sebenarnya setiap kalai Am ada kemera photo ini yang Am rakamkan dan paparkan dalam blog Am ini, kiranya Am dah paparkan photo ini dengan 2 kamera HF Am dan kamera canon Am ini.

Geram ada awan menarik semalam tapi tak dapat rakamkan kerana kamera tertinggal dirumah

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hujung minggu tidak kemana, memang dah ambil keputusan dari awal minggu yang hujung minggu ini hendak berehat dirumah. Kebetulan hujan turun hari sabtu dan Ahad dari tengahari membawa kemalam. Biasalah bila sejuk-sejuk ni mata sentiasa mengantuk sahaja.

Paling kelakar bila beli suratkhabar pagi Ahad dan baru tahu ada perlawanan akhir Piala Malaysia rupanya. Selalunya Am dan isteri memang tengok, kali ini sama-sama tak tahu. Nampak sangat kami berdua ni tak ambil tahu tentang bola sepak dalam negara.

Anak Am pula beritahu dia tak sabar nak "Raya". Bersemangat betul dia, puasa pun belum dah nak "Raya". Ini semua kerana tak sabar nak pakai baju raya dia yang mama dia belikan tu. Dia kata dia nak puasa juga tapi puasa makan sahaja, minum masih nak juga.


Nota Kaki:
PM kita kata "Saya tak hilang kawalan" harap-harap betul tak hilang kawalan dan harap Am pun tak hilang kawalan dalam berblog ini......

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu yang Basah""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK