Photo ini Am rakamkan dirumah kawan isteri Am semasa menghadiri perjumpaan kawan-kawan dia, rakamkan awan ini waktu petang jadi birunya dah tak menyerlah sangat. Sekarang ini banyak photo orang dalam simpanan Am, takut nak paparkan diblog Am ini, takut nanti kena dakwa memaparkan photo mereka tanpa kebenaran pula hehehe
Awan... Original Upload from Canon Digital IXUS 60 8.00 a.m., Sabtu Bawa anak Am pergi pertandingan boling pejabat Am, kali pertama bawa walaupun dah banyak kali pertandingan boling itu. Biasalah dia bila pergi One Utama sibuk nak beli "Mainan yang boleh jadi Robot". Tahun ini berjaya mempertahankan tempat ketiga dalam pertandingan boling tu dan dengan rela yang terpaksa belikan juga anak Am "Mainan yang boleh jadi Robot" tu. 3.30 p.m., Sabtu Pergi klinik untuk cabut gigi anak Am yang sudah bergoyang tu, punyalah bangga dia kerana cabut gigi tak menangis. Dia kata "Abah, cabut gigilah paling tak sakit sekali". Punya bangga dia sampai bercerita dengan semua orang. 6.00 p.m., Sabtu Balik kampung untuk kenduri Arwah, semasa kenduri tu, anak Am punyalah baik jadi "penanggah" pula, asal ada orang yang dah habis makan dia angkat pinggan. Yang tak tahan tu orang belum habis minum pun dia angkat cawan tu juga. Dia kata "Abah, cepatlah makan, kita boleh angkat pinggan nanti" 1.00 p.m., Ahad Operasi buat kerja sekolah. Kalau mula buat kerja sekolah, mulalah macam-macam alasan anak Am ini datang, mengantuk, gatal sana sini, lenguh, letih dan macam-macam lagi. Oleh itu terpaksalah rotan kena ada ditangan Am barulah dia bergerak untuk buat kerja sekolah dia. Punyalah lambat dia buat sampai Am sendiri naik mengantuk dibuatnya. 4.00 p.m., Ahad Pergi perjumpaan kawan-kawan Mama pula, sempat juga dia berenang di kolam renang rumah kawan mama dia. Awal-awal "warning" jangan buat perangai tapi buat juga perangai sikit-sikit. Bila kata balik nak kena rotan, terus tidur dalam kereta. Biasalah itulah cara dia tak nak kena rotan. Nota Kaki:
Kaki sakit pasal banyak sangat berjalan......Labels: Anak, Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""