Bercerita tentang "Kompaun"
Photo ini Am rakamkan di Taman Rama-Rama semasa pergi bersama isteri dan anak Am, tak pernah tengok bunga ini terus Am rakamkan, nampak cantik pula bunga ini. Sekarang ini photo awan dan kurang menarik jadi buat sementara Am isi kekosongan dengan photo bunga tapi yang pastinya Am belum jadi "Mat Bunga" lagi. Diskaun saman ditangguh -- Kabinet mahu kompaun bagi mencegah kesalahan trafik - Oleh HELMI MOHD FOAD PUTRAJAYA 6 Sept. – Kabinet hari ini mengambil keputusan drastik menangguhkan pelaksanaan pemberian diskaun sehingga 70 peratus bagi kompaun kesalahan lalu lintas yang diumumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kelmarin. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, jemaah menteri berpendapat tindakan mengenakan kompaun terutama ke atas kesalahan lalu lintas serius perlu menjadi satu langkah pencegahan dan penghalang kepada orang ramai daripada melanggar undang-undang. ''Ini kerana kita tidak melihat kompaun itu sebagai satu punca pendapatan kepada kerajaan tetapi satu langkah pencegahan. "Kita mahu menyampaikan mesej yang tepat terutama kepada mereka yang melakukan kesalahan serius dan golongan pemandu yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi,'' katanya. Bagaimanapun katanya, mereka yang telah membayar kompaun mengikut kadar baru itu tidak perlu membuat bayaran tambahan. Selanjutnya Komen Am Ada dua komen Am, pertama perkara seperti kes bawa telefon bimbit kesekolah macam dah berulang lagi, dua pihak yang seperti tak sehala dalam membuat sesuatu keputusan dan memberi kegembiraan sementara pada yang dah mula nak gembira itu. Kedua, secara peribadi bagi Am, saman boleh mendidik pemandu tapi bukan cara yang paling berkesan, seperti yang pernah Am katakan dahulu denda seperti "Kerja Sosial" jauh lebih berkesan lagi. Yang buat salah tu tahu mereka mampu bayar, cuma mereka tak mahu bayar sahaja. Dengan kerja sosial tanpa mengira "Class" ini sudah tentu perasaan risau itu jauh lebih tinggi dan secara tidak lansung mereka-mereka ini akan lebih tahu akibat yang akan terjadi pada mereka ini jika mereka dihantar yang boleh menyedarkan mereka.
Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kompaun""