eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, September 04, 2006

Bercerita tentang "Cuti yang Panjang"

Bunga


Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung dua minggu lepas, Am sendiri tak tahu apa nama pokok ini, Am nampak cantik dan terus Am rakamkan.

Ada beberipa keping lagi photo bunga yang Am rakamkan, kebanyakkan Am ambil secara "Close-Up". Ada juga photo itu yang kurang menarik, nanti Am akan cuba paparkan disini, selain itu banyak juga photo langit dalam simpanan Am.

Bunga...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Dekat seminggu juga Am tidak bercerita didalam blog Am ini, dengan cuti dan blogdrive yang meragam baru-baru ini menyebabkan banyak cerita yang tertangguh. Ada pula cerita yang hendak diceritakan tapi dah terlupa pula ada dia.

Cuti atas permintaan isteri Am, Am bawa anak ke Taman Rama-Rama dan Taman Burung. Di taman rama-rama anak Am punyalah takut dengan rama-rama yang terbang dikelilingnya, siap samping menjerit-jerit lagi jadi sekejab sahajalah Am disana. Di taman Burung pula anak Am bukan seronok tengok burung tapi seronok beri ikan makan, selepas beri makan ikan barulah dia terasa penat. Cadangan nak bawa dia lihat Tugu Negara tetapi hari hujan pula.

Hari Jumaat sempat menyaksikan Belanjawan 2007. Am kalau belanjawan ini selalunya agenda yang paling Am tunggu ialah rokok, terperanjat juga Am bila cukai rokok hanya naik sikit sahaja tahun ini hehehehe. Ok juga belanjawan kali ini tapi Am masih risau samada minyak naik lagi atau tidak tahun depan.


Nota Kaki:
Malas pula nak berkerja selepas cuti panjang ni.......

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Cuti yang Panjang""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK