Bercerita tentang "Gula"
Photo bunga ini Am rakamkan di Taman Rama-Rama. Seperti biasa kerana nampak cantik dan tak pernah nampak jadi Am rakamkan photo bunga ini. Nampak macam bunga api pula Sekarang petang selalu hujan, baru 2 hari lepas Am bermandikan hujan, rasanya Am hendak mengambil photo hujan pula tapi selalu tak menjadi sahaja, tak nampak titisan hujannya Awan... Gula halus bahan kawalan -- Berkuat kuasa hari ini atasi masalah kekurangan bekalan – Shafie Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD KUALA LUMPUR 12 Sept. – Kerajaan hari ini mengambil langkah tegas dalam usaha menyelesaikan masalah kekurangan bekalan gula di negara ini dengan menyenaraikan gula halus sebagai barang kawalan, mulai esok. Melalui langkah itu, harga gula halus yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM1.55 sekilogram di Semenanjung dan RM1.65 bagi Sabah dan Sarawak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu berikutan kecenderungan pengilang mengeluarkan lebih banyak gula halus kerana harganya tidak dikawal, menyebabkan bekalan gula kasar berkurangan di pasaran. Selanjutnya Sebenarnya Am tak terperanjat pun baca berita ini kerana Am dah agak awal-awal benda ini akan terjadi cuma yang buat Am terperanjat kenapa lambat sangat kerajaan mengambil tindakan. Sepatutnya awal-awal lagi semasa krisis gula bermula langkah ini sudah perlu diambil. Am masih teringat langkah pertama kerajaan ialah mengesa orang ramai mengurangkan pengunaan gula tapi bila difikirkan sepenuhnya adakah dengan cara kurang guna gula, bekalan gula akan kembali ok. Jawapannya sudah tentu tidak kerana masalah kekurangan bukan pada pengguna tapi pembekal. Gula adalah salah satu barang asas, permintaan tetap akan ada dan kita tak boleh gantikan gula dengan garam. Untuk kegunaan Hari Raya nanti Am sendiri pun sudah cukupkan bekalan gula dirumah Am, terkena juga dulu sehingga terpaksa pergi ke Putrajaya untuk membeli sebungkus gula.
Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Gula""