eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, September 06, 2006

Bercerita tentang "Bebas"

Awan


Photo ini Am rakamkan dirumah Am kalau tak silap selepas balik dari taman rama-rama hujung minggu lepas. Langit begitu cantik selepas hujan turun. Seperti kata anak Am "Sebetu-betulnya cantik"

Sekarang ini kejap langit ok kejap dilanda jerebu, hendak merakamkan langit pagi dan senja yang cantik juga agak susah.

Langit Biru...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Akhirnya "Bebas" juga Am dengan keadaan sibuk yang memeningkan kepala, mesyuarat dah habis dan kerja-kerja yang penting hampir semua dah siap cuma tinggal kerja-kerja yang belum "Over Due" sahaja. Kalau difikirkan semua, kerja mana pernah habis. Kalau tak ada kerja susah pula Am nanti.

Sekarang Am sedang sibuk pula menguruskan Perlawanan Boling hujung minggu nanti. Makin dekat perlawanan itu makin banyak yang perlu diselesaikan, mujurlah semua memberikan kerjasama yang baik dan Am rasa tiada masalah pada perlawanan nanti. Cuma pasukan kami lelaki dan perempuan paling kurang latihan tahun ini. Kami masih tertanya-tanya boleh atau tidak menang apa-apa tempat tahun ini. Yang pastinya menang atau tidak semangat untuk menang tetap membara.

Nampaknya hujung minggu ini akan menjadi sibuk kerana selepas perlawanan boling, Am sekeluarga akan terus ke kampung isteri Am untuk kenduri tahlil.


Nota Kaki:
Bebas tapi penatnya masih belum hilang lagi......

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Bebas""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK