Bercerita tentang "Blog"
Photo ini Am rakamkan ditaman burung, Am sendiri tak tahu apa nama ayam ini, pelik semacam sahaja Am tengok, ada rambut macam singga pula. Anak Am cukup seronok tengok Ayam ni, kali pertama ayam ini berkokok dia terperanjat, kali kedua dan seterus dia dah seronok dengar dan siap paksa ayam itu berkokok lagi, kesihan ayam ni kena jerit Ayam... Am kalau kurang sibuk suka melawat blog-blog, blog kawan-kawan dan blog orang yang Am tak kenal pun. Rasanya punyalah banyak blog yang Am lawat, ada yang Am lawat tanpa meninggalkan jejak dan ada juga yang savekan addressnya dalam "Favorites" windows Am. Am suka baca pengalaman, nasihat, pendapat malah tak kurang juga ilmu yang mereka berikan dalam blog mereka. Membaca blog-blog ini mengingatkan Am akan erti hidup ini sebenarnya. Namun bila membaca kisah-kisah sedih dalam blog membuatkan jiwa Am kadang kala agak terusik. Membaca detik-detik kesedihan dan kehampaan mereka menyebabkan Am merasa begitu beruntung dengan apa yang Am ada sekarang dan lebih menghargai insan-insan disekeliling Am. Semuga kesedihan dan kehampaan mereka akan diganti dengan kebahagian berkali-kali ganda dalam kehidupan mereka yang mendatang. Sebenarnya banyak blog yang kita boleh ambil ilmu dari entry-entry mereka dan oleh kerana segelintir tuan punya blog yang tak senonoh menyebabkan blog-blog lain mendapat tempias nama buruknya. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak semoga amalan kita di pelihara oleh nya InsyAllah
Labels: Blog |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Blog""