Bercerita tentang "Keamanan"
Photo ini Am rakamkan semasa menunggu isteri Am belikan sarapan untuk anak Am semasa dalam perjalanan hantar dia ke tadika. Kebetulan awan nampak cantik dan biru terus Am rakamkan. Yang pastinya semasa Am rakamkan photo ini, anak Am sedang tidur dikerusi belakang kereta Am. Biasalah anak Am Awan... Terbaca dalam akbar pagi tadi tentang pertemuan PM kita dan Presiden Amerika syarikat berbincang secara panjang lebar dan bersetuju mengenai pentingnya semua pihak menghormati antara agama bagi mengelakkan konflik. Semuga perbincangan ini akan membawa dimensi baru dan mengubah pandangan barat terhadap islam yang sebelum ini mereka telah mengchop islam itu sebagai penganas. Harapan Am agar perbincangan ini bukan sekadar perbincangan sahaja. Telah banyak perbincangan dibanyak negara maupun di PBB yang berakhir hanya sekadar perbincangan sahaja. Semperna kehadiran Ramadhan ini, Am amat berharap agar keamanan akan pulih agar seluruh umat islam dapat menyambut ramadhan dengan penuh ketenangan.
Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Keamanan""