Photo ini Am sudah lama Am rakamkan dan tersimpan dalam simpanan Am, Photo ini dirakamkan semasa dalam perjalanan pulang dari pejebat Am, susah nak rakamkan langit senja yang sebegini cantik sekarang. Awan sekarang sekejab jerebu, sekejab cerah, hujan pula tak menentu sekarang jadi photo awan yang menarik pun amat sukar untuk dirakamkan Awan... Original Upload from Canon Digital IXUS 60 Cerita 1 Selah bertungkus lumus selama lebih dari 3 tahun, seorang penulis yang telah berjaya menerbitkan novelnya yang pertama telah ditemuramah oleh wartawan terhadap kritik pembaca terhadap novelnya Jawapan A: Saya amat berterima kasih dengan kritikkan mereka, dengan kritik itu saya akan lebih tahu apa kelemahan saya dalam novel pertama saya dan akan membaiki dalam novel kedua saya nanti Jawapan B: Saya tak faham apa yang mereka perlukan lagi, mereka membuat semangat saya makin luntur untuk menulis novel lagi. Jika mereka pandai sangat mereka sendirilah tulis novel Jawapan C: No Comment Cerita 2 Seorang progammer telah mencipta satu program untuk membantu setiausaha syarikat dalam menjalankan kerja-kerja mereka dengan lebih mudah. Inilah jawapannya bila programnya dikritik oleh salah seorang penggunanya. Jawapan A: Terima kasih atas kritikkan saudara, saya akan cuba membaiki program ini dan sila hubungi kami lagi jika saudara ada apa-apa masalah dengan program ini lagi. Jawapan B: Maaf kami tidak dapat membantu saudara, program ini memang dah begitu, mengapa saudara tak kaji dulu program ini sebelum beli. Terima Kasih Jawapan C: No Comment Cerita 3 Seorang penceramah baru habis memberi ceramah dalam satu seminar. Ada ramai perserta agak kurang puas hati dengan cara penyampaiannya telah mengkritik cara penyampaiannya. Inilah jawapannya bila ditanya mengenai kritikkan-kritikan perserta-perserta seminar itu. Jawapan A: Bagi saya setiap kritikkan itu satu teguran yang akan membantu saya untuk meningkatkan lagi mutu penyampaian saya. Terima kasih kerana menegur saya. Jawapan B: Saya tak kisah dengan apa yang mereka kata, saya dah buat tugas saya, jika mereka tak puas hati saya persilakan mereka naik untuk memberi ceramah mengantikan saya. Manusia mana 100% sempurna, mereka ingat mereka itu 100% sempurna ker? Jawapan C: No comment Akhirnya..... Lupakan "Jawapan C" yang ala-ala artis tu, pilih jawapan mana yang kita akan jawab terhadap kritikkan yang dilemparkan pada kita. Bagi Am sejauh mana kita hendak maju atau berjaya sedikit sebanyak bergantung pada bagaimana cara kita terima kritikan orang lain terhadap kita. Bagi Am, mengkritik orang lain pada yang sama sebenarnya kita mengkritik diri kita sendiri, dalam mengkritik kita membantu membaiki kelemahan orang lain dalam pada masa yang sama membaiki kelemahan diri sendiri dan menjadikan ia sebagai tauladan kepada orang lain. Nota Kaki:
Rindu pula pada kritikan Adlin Ramli.......Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kritik""