Bercerita tentang "Iklan"
Bagi Am pereka-pereka iklan ini perlu lebih mempunyai tanggungjawab sosial pada apa yang mereka reka dan pihak berkuasa pula perlu lebih peka dengan iklan-iklan ini. Kalau iklan makanan segera, arak dan rokok yang tak baik untuk kesihatan boleh diharamkan TAPI kenapa iklan yang boleh merosakkan peribadi masih boleh berleluasa? Agaknya siapalah boleh jawab soalan ini, Pereka Iklan itu, Pihak Berkuasa, Syarikat Barangan itu atau Pihak Radio itu. Jangan jadi macam lagu "Bangau ooooh Bangau" sudahlah. Sedikit cerita pasal Bola, Malaysia dah naik dua anak tangga dalam senarai dunia. Berita baik harap-harap makin terus naik dan jangan turun-turun lagi.
Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Iklan""
Itulah Am. Mereka hanya mementingkan nilai 'komersial'.
Cemburu bila tengok Jepun, Arab Saudi dan Korea Selatan yang pernah jadi saingan kita dulu-dulu dah nun jauh di atas.....
Salam hormat buat AM. Sebenarnya bayak iklan yang tidak mengikut adat dan budaya masyarakat kita. Tapi pada siapa kita nak komplen ?. Malah banyak lagi iklan yang tak masuk akal. Seperti iklan dimana pelakon wanitanya membuka pakaian didepan khalayak ramai ...
ske iklan DiGi... makhluk kuning tu memang lucu... iklan radio, err.. Sas jarang dengar radio berbahasa Melayu...
AM, perasan juga iklan tu tapi kita tak dapat nak control org yang buat, yang lulus iklan tu , jadi kita kena jaga diri kita, kebalkan diri kita juga keluarga kita sendiri....zaman skrg ni kita tak boleh tepis semua kita sendiri yang kena teguhkan jati diri.
Bila manusia asyik memikirkan 'komersial'without
'quality', maka itulah jadinya. Kita pula tidak punya hak untuk mengatakan ianya tidak elok sedangkan pihak yang bertanggujawab telah meluluskan biarpun terkadang jelas-jelas pada di pandangan bahawa iklan yang dipaparkan lebih mejurus pada kerosakan dengan pengaruh negetif yang entah mereka sedar tapi buat-buat tak sedar atau memang mereka sebenarnya diluar kesedaran.......
BP:
tak tahu dimana silapnya BP
AbangLong:
Ramai yang seronok tengok dan dengar, tu pasal mereka makin gal buat
Sastri:
Iklan hantu tu Sas hehehehe
Kujie:
Itu yang sebaik-baiknya Kujie
CempakaBiru:
Itu yang pelik, macam mana boleh lulus kan