Bercerita tentang TEMBOK 2
![]() May 29, 08 11:50am Penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) telah membuang semula benteng yang dibina oleh syarikat konsesi tol, Grand Saga, yang menutup jalan yang mengelak tol di Lebuhraya Cheras-Kajang, malam tadi. Ini merupakan kali ketiga batu benteng yang dibina di jalan tersebut, dibuang oleh penduduk di situ. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang turut berada di situ pada kira-kira jam 7.30 malam, memberi lampu hijau kepada penduduk untuk mengalihkan batu benteng tersebut. Pada penduduk selesai mengalihkan batu benteng di jalan tersebut pada jam 9.30 malam. Selanjutnya Komen Am Semalam kawan Am asa SMS Am "Makin hari makin glamer rumah kita, Hidup Bandar Mahkota Cheras" Tersenyum Am baca dan memang betul isu pasal tembok ini memang membuatkan orang yang sebelum ini tak tahu macam mana nak pergi rumah Am terus tahu. Senang kalau nak buat kenduri nanti. Berbalik cerita pasal Tembok tu, Am rasa isu utama ialah "Siapa Paling Sabar", SAGA bina PENDUDUK roboh, dah tiga kali pun, sampai ada yang cedera kena pukul oleh pihak yang entah datang dari mana. Kebetulan petang itu Am ada disana, nasib baik Am dah balik kalau tidak Am sekali terbabit. Yang Am masih tertanya-tanya ialah kenapa Kerajaan Persekutuan masih tak campur tangan. Mereka yang sebelum ini begitu beria-ia untuk lebih menjaga kepentingan rakyat. Bagi Am isu-isu beginilah yang dapat mengembalikan imej kerajaan pusat yang semakin lesu sejak kebelakangan ini. Tapi siapalah Am ini kan berbanding dengan mereka yang mempunyai bergulung-gulung ijazah. Bagi Am, Am cakap pada benda yang Am nampak dan mereka sepatutnya tunjukkan pada rakyat apa yang mereka buat. Yang Am nampak mereka hanya kutuk orang sana, kutuk orang sini, membuat kajian itu dan ini tapi masih belum ada projek atau keputusan mereka yang memberi kesenangan pada rakyat (betulkan jika Am salah). Nota Kaki : Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. BERITA TERKINI Labels: Isu Semasa, Jom Fikir, Politik |