Bercerita tentang "Blog"
Photo ini Am rakamkan semasa menjemput isteri Am dipejabatnya. Bangunan yang tajam tu rasanya semua dah tahu. Bangunan yang satu lagi itulah tempat isteri Am berkerja, cuba teka bangunan apa tu. Maaf tiada hadiah walaupun jawapannya betul hehehe Bangunan.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60 Kelam kabut sikit nak berblog sekarang ini, kerja tengah banyak. Bila Am kurang sibuk, blogger.com pula ada masalah, nak masuk pun macam tak boleh sahaja. Semalam hampir satu hari tak boleh masuk Am rasa. Rasanya semua kena bukan Am seorang sahaja. Semalam dalam kebengangan tak dapat masuk blog, Am merayau dialam maya ini termasuk wordpress. Sebenarnya memang dah lama Am ada satu blog dalam wordpress ni. Am simpan artikel2 disana. Berbalik pada hal semalam, dalam terkial-kial, mencari-cari, mengodek-godek wordpress tu, baru Am perasan jika kita buka satu blog baru dalam wordpress kita boleh pindahkan semua entry dan komen dalam blogspot ini kedalam wordpress. Hebat juga wordpress ini rupanya, Am ini kalau jumpa benda baru, mulalah gatal tangan nak berhijrah. Kalau nak berhijrah pun mungkin bukan sekarang kerana Am agak sibuk dengan kerja dan rasanya banyak lagi dalam wordpress tu yang Am kena belajar, salah satunya macam mana nak letak msjbox Am tu. Nota Kaki: Jauh berjalan banyak pengalaman, banyak yang nampak, bertambah idea dan paling penting bertambahlah blog nampaknya |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Blog""
saya pun baru dapat tahu semalam dan dah cuba. Tapi masih setia dengan blogger sebab saya tak berapa faham nak edit themes wordpress.
Orang katalah, function di wordpress lebih advance dari blogspot, Am rasa memang betul, itu pasal Am samapai sekrang masih pening lagi hehehe
itu bukan mandarin oriental ka? :)
AM...sy pun ada WP. Tempat back up blogspot.
Masih setia dgn blogspot..walaupun WP tu canggih...hehehe