Bercerita tentang "Blogger"
Tiada hasrat sekat blogger MERSING 7 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak menyekat pengendali laman blog, sebaliknya akan sentiasa bersikap liberal terhadap mereka. Bagaimanapun, menurutnya, pengendali blog tidak boleh menerbitkan sesuatu artikel sewenang-wenangnya kerana negara mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi. "Dalam soal ini kerajaan sentiasa bersikap liberal dan sering memerhati perkembangan laman web yang semakin hari semakin banyak. "Malah, kita tidak berhasrat untuk menyekat mana-mana individu yang ingin membuka laman web, tetapi mereka perlu ingat yang negara kita ada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melawat Kem Iskandar di sini hari ini. Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pendakwaan ke atas editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, 58, semalam atas kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan satu artikel mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam laman webnya kira-kira dua minggu lalu. Seterusnya disini Komen Am Apa pun benda jika diguna dengan baik, baik lah jadi nya begitu juga sebaliknya, namun begitu Am rasa lega juga tiada sekatan dalam berblog ini. Kita masih boleh tulis apa yang kita hendak dan kita pun perlu tahu batasan kita. Am nampak perubahan blog ini sendiri dari satu diari dialam siber kepada menjadi satu alat oleh berbagai pihak untuk menyuarakan pendapat mereka. Blog juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga, berpolitik dan bermacam-macam lagi. Ini dapat dilihat melalui pengguna-pengguna blog itu sendiri, contohnya blog bekas menteri besar selangor. Mungkin ramai yang tak tahu, Tun juga ada blog tentang perjalanan politiknya. Bagi Am pula, biarlah Am menulis tentang diri Am dan apa yang nampak didalam blog Am ini, hendak menulis tentang politik Am rasa Am belum layak lagi walaupun bagi Am politik itu bukan untuk orang yang bertanding sahaja tapi bagi semua orang dari PM hinggalah kepada tukang sapu itu sendiri. Nota Kaki: Biar banyak blog Jangan banyak mulut.... Labels: Blog, Isu Semasa, Politik |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Blogger""
tp syok la am baca malaysia today tu..sy pengunjung setia..hahaha
HE pun bercerita teantang apa yang kita lihat aja la..kalau nak cerita lebih lebih..kdg kala..kita tak tgk betul2..tak tahu...