Bercerita tentang "Tembok"
Grand Saga bina balik tembok Oleh A. JAILANI ABDULLAH KUALA LUMPUR 8 Mei - Pemegang konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. hari ini membina semula tembok penghadang di persimpangan lebuh raya itu dengan jalan ke Bandar Mahkota Cheras yang dipecahkan oleh penduduk semalam. Walaupun dilakukan di hadapan ratusan penduduk kawasan perumahan itu tetapi keadaan di persimpangan itu terkawal berikutan kehadiran anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawasi kerja-kerja tersebut. Tindakan membina tembok itu merupakan yang kedua dilakukan oleh Grand Saga dalam masa dua hari selepas tembok yang dibina semalam dipecahkan semula oleh penduduk pada sebelah malam. Tembok penghadang yang asal telah dipecahkan oleh penduduk di bawah Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras pada 21 April lalu. Sementara itu, pembantu khas kepada Ahli Parlimen Serdang, Steven Tan berkata, orang ramai membantah pembinaan semula tembok berkenaan kerana Grand Saga gagal menunjukkan dokumen yang mereka berhak untuk berbuat demikian. Selanjutnya Komen Am Sebenarnya Am tak terfikir nak tulis isu ini dalam blog Am tapi apabila TV3 semalam menyiarkan cerita yang tak berapa tepat atau boleh kata kurang lengkap atau boleh kata lebih pada putar belit membuatkan Am tergerak untuk membetulkannya. Am berani tulis kerana Am memang tinggal dikawasan itu dan memang boleh kata hari-hari guna jalan itu. Dari apa yang disiarkan oleh TV3 semalam seolah-olah bila Penduduk/Pembangkang pecahkan tembok batu itu, masalah besar dari segi keselamatan telah timbul walaupun pada hakikatnya itu bukan isu besar tapi satu isu yang sengaja diperbesarkan. TV3 tidak sedikitpun menerangkan bahawa dengan runtuhnya tembok itu ia telah memberi keselesaan kepada berpuluh ribu penduduk disekitarnya yang sebelum ini terpaksa berkongsi satu jalan dengan penduduk Sg. Long dan penduduk Taman Rakan. Dengan pembangunan yang agak pesat di Kawasan Sg. Long dan Bandar Mahkota Cheras, kadar kenderaan telah meningkat dengan banyak sekali dan para penduduk terpaksa bersesak-sesak dijalan raya terutamanya semasa pergi dan balik kerja. Am rasa tak perlu cerita panjang, lihat pada "Map" itu sendiri dah dapat lihat betapa jalan itu memberi keselesaan pada penduduk. Cara TV3 menyampaikan isu tembok ini memang mencewakan Am, kalau rancangan 999 mereka boleh meneroka sampai kedalam hati penjenayah juga menemuramah berbagai pihak dan rancangan Majalah 3 mereka boleh keluar negara mengupas isu dengan lebih dalam TAPI dalam isu tembok ini seolah-olah ada tembok pula dimata mereka. Am amat berharap TV3 boleh menyampaikan berita dengan lebih telus, tepat dan menyakinkan, yang pastinya Am sendiri tak yakin dengan berita TV3 itu lagi. Kenapa Am tak yakin, kerana adakah berita itu yang sebenarnya terjadi atau mereka hanya menyampai apa yang mereka hendak sampaikan sahaja bukan keseluruhan berita itu sendiri. Bagi sesiapa yang belum tahu, tembok itu telah wujud sebelum pilihan raya lagi dan permintaan penduduk supaya jalan itu untuk dibuka telah tertanguh dan nampak diambil sambil lewa sahaja selama ini. Malah isu inilah menjadi salah satu isu pembangkang untuk mengaut undi semasa pilihanraya lepas. Setelah hampir 2 tahun bersabar dan setelah tak sampai 2 bulan selangor jatuh ditangan pembangkang tembok itu telah dipecahkan secara paksa. Am tertanya-tanya dalam hati apa yang dibuat oleh Kerajaan Selangor sebelum ini Am nampak wakil dari pembangkang sahaja sejak dari mula isu ini, wakil BN dimana ya? Sedarkan mereka jalan ini untuk kemudahan semua bukan untuk pembangkang tapi untuk rakyat. "Rakyat" itu bererti bukan sahaja pembangkang tapi akan digunakan oleh penyokong BN juga. Nota Kaki: Maaf agak panjang hari ini, Edisi lepas geram Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Tembok""
mmg panas isu yg tembok kt bukit mahkota, famous kjap kawasan tuh .. hehhe, bersabar la Am,