Bercerita tentang "Bola"
Photo ini sama dengan photo yang Am paparkan pada entry Am yang bertajuk "Hujung Minggu" tu, cuma bezanya photo ini Am dah edit dengan mengunakan program picasa Program ini kalau tak silap Am percuma dan Am rasa ramai dah tahu, pada siapa yang nak "download" boleh click di perkataan Picasa dibawah. Buat masa sekarang ni Am memang menonton piala Dunia dirumah sahaja, penat isteri dan anak melayan Am berborak pasal bola. Kalau isteri Am tido anak Amlah yang temankan Am hehehe. Ada orang tanya Am kenapa ramai suka tengok bola dalam kumpulan. Am kata kerana kalau tengok sorang tak rasa sangat seronoknya, tak boleh nak komen, tak boleh marah dan biasalah yang paling utama tak boleh nak kutuk, takkan nak cakap dengan tv tu kot. Am kadang kala kalau tak puas hati cakap dengan anak Am, apalah dia main macam tu kan, teruk betul, selalu ayat anak Am standard aja "Betullah abah, apalah dia main macam tu, teruk betul" Sama macam ayat Am kan hehehehe. Bila Gol pula Am akan menjeling pada dia, selalunya dia tak perasan pun gol, kemudian Am jerit dan bila dengar Am jerit mulalah dia melompat dan "Give me Five" hehehe Yang paling tak seronok ialah bila pasukan yang Am tak sokong yang Gol, dia tetap menjerit dan "Give me Five" juga. Hampeh betul, tang ni yang tak seronok ni. Sabar aja lah.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Bola""