Bercerita tentang "Cerita"
Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung juga, langit dikampung lebih cerah dan biru dari KL nampaknya. Am rasalah jerebu belum berjaya sampai atau mencacatkan langit dikampung Am ada rakamkan beberapa keping photo bunga mak Am secara close-up, nanti Am akan cuba paparkan semuanya disini tapi Am tak pasti menarik atau tidak pada pandangan mata pengunjung disini. Sabtu lepas Am tonton satu cerita di TV2, mula dari pukul 12.30 malam dan tamat pada pukul 3.00 pagi. Tak banyak cerita buatan Malaysia yang boleh memaksa Am tidur sampai pukul 3.00 pagi. Cerita ini berjaya menarik perhatian Am dan buat Am tak mengantuk. Kalau Am tak silap cerita ini bertajuk "FATHER". Cerita berbahasa inggeris yang begitu indah dan begitu mudah jalan ceritanya yang memaparkan layanan ibubapa terhadap anak-anak, layanan anak-anak terhadap ibubapa, layanan menantu terhadap mertua, erti persabahatan dan yang paling menarik kasih sayang antara suami isteri. Am tertarik dengan satu dialog berbahasa inggeris dalam cerita itu "Kita tak boleh ajar anak kita warna pelangi itu jika dia sendiri tidak melihat pelangi itu". Am setuju, kadang kala sebagai ibubapa kita hanya boleh beritahu pada anak kita sahaja dan yang lain anak kita perlu tahu dengan menghadapi perkara itu sendiri. Tertanya-tanya pada diri sendiri, Adakah Am sudah cukup berusaha untuk menjadi Anak, Menantu, Suami dan Ayah yang baik?
Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Cerita""