Bercerita tentang "Graduation"
Photo ini Am rakamkan semasa balik kerja, bila? Am sendiri dah lupa tapi rasanya dalam bulan ini juga. Cantik betul awan tu. Nak kata oren tak nak kata merah pun tak Ada banyak koleksi photo bunga secara close-up dalam simpanan Am, nanti Am akan paparkan disini jika berkesempatan. Anak: Abah...kita ambil gambar macam yusiti Semalam anak Am ambil gambar untuk graduation tadika dia. Seronok betul dia dan tak habis-habis bercerita. Dia kata dia nak senyum nampak gigi tapi orang tu marah hehehehe. Am dan isteri pula tak sabar nak tengok macam mana muka dia masa ambil gambar tu. Minggu depan mula cuti sekolah selama seminggu. Isteri Am dah merunggut pada Am kerana dah lama kami tak cuti-cuti Malaysia. Bukan apa, Am sedang sibuk sekarang ni dan susah nak bercuti. Malas Am nak bercuti jika dalam otak nanti dipenuhi dengan kerja yang tak siap dan telefon pula sentiasa berbunyi tanya itu dan ini. Sedikit cerita mengenai Blogger Idol, minggu lepas Affy telah menjadi perserta pertama tersingkir melalui undi dan sekarang tinggal hanya 10 perserta yang bersaing untuk menjadi Blogger Idol yang kedua. Selamat berjaya semua. Dengar khabar ada kejutan tak lama lagi, Am pun tak tahu apa dia tapi suka kalau ada kejutan ni. Tajuk tugasan untuk minggu ke tiga ialah "BI2006 - Week 3 Assignment : Can a man love two women at the same time? And vice versa; Can a woman love two men at same time?". Nampaknya semua perserta berjaya menyiapkan tugasan mereka dan undian telahpun dibuka. Siapa yang akan tersingkir kita tunggu pada hari isnin nanti dan pada siapa yang hendak tahu lebih lanjut mengenai Blogger Idol atau ingin mengundi boleh tekan disini
Labels: Anak, Blogger Idol 2006, Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Graduation""