eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, August 28, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung hujung minggu ini, langit cerah habis, orang kampung kata, malam tu baru hujan lebat. Jarang nampak awan berkepul-kepul macam dalam photo ini sekarang. Harap-harap awan akan terus berkepul-kepul.

Banyak photo awan, bunga dan pokok yang Am rakamkan, nanti Am akan paparkan satu persatu di blog.

Jerebu...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Syukur, sihat lagi Am dan masih mampu menulis dalam blog ini, awan nampaknya makin cerah, jerebu makin kurang tapi tak tahulah akan datang kembali TAPI yang penting Am masih bz lagi, mesyuarat ditunda pada hari Rabu ini pulak.

Kurang aktiviti hujung minggu ini, cuma balik ke kampung isteri Am, ada kenduri perkahwinan. Kampung ni kalau kenduri kahwin ni memang meriah walaupun pun tak sebesar perkahwinan Datin ct tu, tiada kereta kuda, tiada hantaran juta-juta tapi yang penting saudara mara jauh dekat berkumpul dan bertanya khabar. Baju tak payah banyak manik-manik dan tak perlu tempah baju di butik-butik untuk hadir kenduri.

Yang peliknya, Am jadi rajin ambil gambar pula kali ini, dari rumah pengantin perempuan hingga rumah pengantin lelaki, leka Am mengambil gambar. Macam jadi juruphoto pengantin pula. Bila kira balik ada 145 keping gambar Am rakamkan. Nasib baik digital, kalau guna filem, robak juga nak pergi cuci di kedai gambar nanti.


Nota Kaki:
Malaysia kalah bola 2-1 dengan Mynmar yes...yes...yes...Hampeh.com betul

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK