Bercerita tentang "Kesetiaan dan Kejujuran"
Photo ini Am rakamkan semasa hari sukan anak Am, semasa ini jerebu belum teruk sangat lagi, Awan masih nampak birunya walaupun tak biru sangat. Cahaya matahari pula macam segan-segan nak memancar Ada satu photo semasa mereka dalam perbarisan, jerebu itu nampak macam kabus pula dalam photo itu.. Kebetulan Am terdengar dua perkataan ini disebut semasa Am menonton TV minggu lepas. Terfikir pula Am berapa penting dua perkataan ini dan berapa mudah pula kita memandang dua perkataan ini. Am tertanya-tanya masih ramai lagikah manusia sekarang memandang berat pada dua perkataan ini dan mengamalkannya dalam seluruh kehidupan mereka. Dalam bulan kemerdekaan ini, ramai orang berbahas tentang Kesetiaan kita kepada negara, TAPI adakah kesetiaan pada negara sahaja yang mereka harus fikirkan, kesetiaan pada tuhan, ibubapa, suamiisteri, kerja, rakan, saudara dan macam-macam lagi bagai sudah tak bermakna. Bukan Am kata kita harus setia secara membabi buta tapi tanpa kesetiaan inilah timbulnya perkataan, perkhianat negara, perceraian, anak derhaka, kawan makan kawan dan macam-macam perkatan buruk lagi. Kejujuran bagi Am satu lagi perkataan yang makin tak guna pakai sekarang, ada kawan beritahu Am dalam menulis blog pun kita perlukan kejujuran. Menulis melalui hati TAPI berapa ramai yang menulis melalui hati sekarang? Ramai kita tertanya-tanya kejujuran pemimpin dalam menjalankan amanah yang diberikan pada mereka dan tak kurang juga was-was dalam melihat kejujuran rakan-rakan, saudara dan paling teruk ibubapa mereka sendiri. Jalan mudah mereka dan kita ambil ialah, mereka tak jujur jadi kita pun tak payah jujurlah, Betulkah cara ini? Ada kawan kata pada Am, dalam dunia sekarang ini kita tak boleh setia dan jujur sangat nanti kita akan jadi bahan mainan orang lain. Ada kebenarannya tapi cuba tanya pada diri sendiri pula. Jika kita tak mulakan dahulu, siapa yang akan mulakan?. Dan tanyakan soalan ini lagi pada diri, berapa ramai yang berjaya tanpa kesetiaan dan kejujuran dan berapa ramai pula yang berjaya dengan mementingkan sifat kesetiaan dan kejujuran itu?. Nota Kaki: Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kesetiaan dan Kejujuran""