AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, March 30, 2007

Bercerita tentang "Down"

Awan.....
Ini photo rumah atas air semasa hendak pergi tempat ternak ikan pari di langkawi, Am berminat nak rumah macam ni juga tapi menurut pemandu pelancong itu, Am kena minta kebenaran dari pihak perikanan untuk bina rumah ini.

Rumah....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Semalam sistem internet dipejabat Am "Down", dari lebih kurang pukul 10 pagi sampailah balik. Dah lama internet tak "down" ni. Bila sekali sekala "down", ramai yang mengeluh dan tak boleh nak buat kerja. Rupanya begitu penting internet dalam kerja kami, tiada internet bermakna tiada email yang boleh masuk dan keluar. Tersenyum Am lihat kawan yang selalu chatting macam mati kutu dan monyok sahaja.

Am pula geram pasal banyak benda yang nak dibayar secara online tapi hari ini line internet teramatlah "slow"nya. Kalau berterusan nampak hari Isninlah dapat bayar semuanya.


Nota Kaki :

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan............

Labels: ,

Thursday, March 29, 2007

Bercerita tentang "Anak" 41

Awan.....
Photo ini adik beradik dengan photo yang Am paparkan semalam, dirakamkan pada hari dan masa yang sama. Semalam dalam perjalanan pulang nampak awan yang sangat cantik tapi sedang bawa kereta, geram kerana tak dapat rakamkan photo awan tu.

Awan Pagi....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Keputusan peperiksaan penilaian anak Am sudah dapat, agak kurang memberansangkan, jadi Am dan isteri perlu lebih tegas untuk membaiki mana-mana yang anak Am lemah. Am perasaan darjah 1 sekarang amat berbeza dengan Am punya darjah satu dahulu. Pembelajaran mereka jauh lebih Advance" dari Am dahulu.

Anak Am dah sediakan nama untuk adik dia, siapa panggil adik dalam perut tu dengan nama itu lagi. Nampaknya dia dah tak sabar-sabar tunggu adik dia tu dan dia kata dia boleh jaga adik dia. Am dan isteri pula tak sabar nak tengok boleh atau tidak dia jaga adik dia nanti.


Nota Kaki :

Sedang belajar cara nak ajar anak ni............

Labels:

Wednesday, March 28, 2007

Bercerita tentang "Nasi Bujang"

Awan.....
Photo ini Am rakamkan semasa dalam perjalanan hendak ke tempat kerja, kalau tak silap hari Isnin baru-baru ini. Selalu tertinggal kamera dirumah dan banyak awan yang cantik terlepas untuk dirakamkan. Geram juga kadang kala lihat awan cantik itu.

Awan Pagi....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Am sekarang kalau makan di kedai mamak di kawasan prumahan Am suka minta Nasi Bujang. Kandungan nasi bujang ini senang sahaja, nasi putih, telur dadar, sup kosong dan sambal. Mudah disediakan dan murah. Mula makan bila lihat kawan-kawan makan dan sekarang dah selalu pula makan hehehe. Isteri Am pun selalu perli Am, hari ini nak minta nasi bujang juka ker?

Kebetulan cerita pasal nasi ni, Am rindu dengan nasi lemak bungkus zaman sekolah dahulu yang ada sambal ikan bilis pekat, puas cari tapi tak jumpa lagi sekarang.

Nota Kaki :

Zaman dah moden, Nasi lemak pun turut moden juga............

Labels:

Tuesday, March 27, 2007

Bercerita tentang "Blog"

Awan.....
Photo ini Am rakamkan di semasa dalam perjalan ke Langkawi sambil melayan bosan di dalam kapal terbang. Agak sibuk sikit hari ini, belum sempat untuk "upload" gambar baru dari kamera Am, bila dah "upload" nanti silap-silap photo itu dah jadi photo lama hehehe.

Awan Biru....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Semenjak dua menjak ini Am lihat para blogger begitu di pantau oleh kerajaan atau pihak yang berkuasa hingga Am cukup takut untuk tersilap tulis dan begitu berhati-hati dalam menulis. Biasalah seronok sangat menulis sehingga menyentuh isu-isu sensitif dan kena saman. Kalau Am jutawan tak apalah hehehe. Kalau tak silap dah ada blogger yang di tarik ke Mahkamah.

Walaupun banyak yang Am nampak dan hendak komen agar benda itu beralih menjadi baik tapi banyak pihak tidak nampak benda itu dan sengaja buat tak nampak, mereka lebih suka memberi berbagai alasan dan seterusnya mengangap kita menulis tanpa bukti dan menuduh kita menabur fitnah.

Secara peribadilah, "betulkan jika Am salah" ramai yang menulis untuk melahirkan ketidakpuasan yang terbuku dihati mereka supaya orang-orang diluar sana tahu ada orang yang tak berkenan dengan apa yang mereka lakukan dan supaya orang-orang itu sedar dan memperbetulkan kesilapan mereka. Penulis ini menulis kerana rasa tanggungjawab mereka dan kerana mereka sayangkan negara kita, sayangkan apa yang telah dibina dengan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu, mereka sayangkan pemuda-pemudi kita yang makin jatuh akhlaknya, mereka sayangkan sifat terpuji dalam diri yang makin terhakis hari demi hari, mereka dahagakan negara yang bersih dari segala segi dan banyak lagi sebab lain.

Kalau tak kerana rasa tangungjawab itu buat apa mereka penat-penat nak menulis, baik mereka ini bercerita pasal ayam bertelur ker, itik berenang ker atau nak senang tak payah menulis terus, lihat, pandang dan anguk sahaja. Tak dinafikan ada yang yang menulis atas tujuan mengapi-apikan tapi bagi Am lah, kita semua dah pandai memilih mana yang betul dan salah sekarang

Am tak menunding jari pada sesiapa tapi Am rasa kita harus sedar dan sepatutnya kita tahu kritikkan/komen itu satu guru kepada kita kalau kita sanggup terima dengan hati yang terbuka dan pujian itu lah yang selalu melemahkan kita kalau kita cepat lupa diri. Biasalah kita ini terlupa cepat lupa diri dengan kejayaan yang sedikit.

Yang Remeh Temeh ( Pak Pandir )

ada mata pandang...
ada telinga dengar...
ada mulut diam...
ada tangan garu...
ada kaki goyang...

ada otak pakai...
ada akal pakai...
ada bijak gadai...
ada mata pejam...
ada mulut kunyah...

yg remeh dan yg temeh...
berlegar di sekeliling mu..
yg remeh dan yg temeh...
berlegar di sekeliling mu...

buatlah....buatlah tak tahu...
tepuklah....tepuklah tanganmu...

rela jadi tunggul rela jadi patung...
tunggu di lelong...
suruh angguk... angguk...
suruh geleng... geleng...

oh puji lah aku...
ampulah aku...
senang hidupmu...
ada tangan tadah...
ada maruah campak...

yg remeh dan yg temeh...
berlegar di sekeliling mu..
yg remeh dan yg temeh...
berlegar di sekeliling mu...



Nota Kaki :

Jangan tepuk dada tanya selera sahaja tapi buka mata, muka telinga, muka minda............

Labels: ,

Monday, March 26, 2007

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Jambatan
Photo ini dirakamkan semasa Am hendak ke Gua kelawar semasa di Langkawi dahulu, ada photo lain sebenarnya hendak dipaparkan hari ini tapi tertinggal pula dirumah hehehe.

Tasik..
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Futsal
Kali pertama dalam sejarah hidup, Am main futsal pada malam sabtu lepas. Sebelum main sempat juga tanya kawan undang-undang main futsal ni hehehe. Semua bahagian Am main dari pertahanan, penyerang dan penjaga gol. Tapi seperti biasa bila kaki bangku seperti Am yang main tentu banyak bola yang terlepas dari yang ditahan. ang pastinya memang penat gila main futsal ni dan rasa tak sabar nak main lagi hehehe.

PIBG
Pagi sabtu lepas juga mencatat sejarah dalam hidup Am kerana kali pertama menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak Am. Terasa dah tua pula hehehe. Sempat jumpa cikgu kelas anak Am dan seperti biasa banyak yang dia komplin pasal anak Am, anak Am pula buat muka seposen sahaja.

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja

Labels: ,

Friday, March 23, 2007

Bercerita tentang "Pening Kepala"

Jambatan
Photo ini dirakamkan secara "Close-Up", dah lama Am tak rakamkan photo secara begini. Ini sebenarnya kek harijadi sepupu anak Am dan dirakamkan pada hari Sabtu lepas.

Close Up..
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Am sedang pening kepala menghadap masalah-masalah yang ditinggalkan oleh seorang perkerja yang dah berhenti dipejabat Am ni, banyak benda yang sepatutnya tersimpan didalam faill tiada dan paling teruk dokumen untuk fail lain masuk fail lain. Paling menyedihkan ada satu kotak dukumen yang sepatutnya sudah berada didalam fail tetapi tersimpan didalam kotak.

Satu lagi yang buat pening kepala ialah sudah 2 hari Am balik kerja dengan keadaan "Jem" yang teramat sangat, nak keluar dari tempat simpan kereta di bangunan Am kerja pun memakan masa lebih 1/2 jam. Punca utama kerana jalan dataran ditutup kerana raptai hari polis. Am tak tahu sekarang Kuala Lumpur ini jem teruk kerana kerana kenderaan terlampau banyak atau mereka-mereka yang menutup jalan ikut suka mereka dan ikut masa yang mereka suka sahaja bila nak buat rantai.


Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.....

Labels: ,

Thursday, March 22, 2007

Bercerita tentang "Blog & Ucapan"

Jambatan
Photo ini dirakamkan didalam kapal terbang semasa balik dari Langkawi, semasa itu awan nampak gelap. Risau juga Am, nasib baik gelap sahaja tapi tak hujan. Risau kerana ada pengalaman naik kapalterbang waktu hujan, memang mencabar ketenangan.

Awan..
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Am sekarang ini sedang teruja untuk menukar blog Am dari 2 columns kepada 3 column. Ada masa terluang sikit habis Am godek code blog Am ini. Secara dasarnya dan menjadi tapi ada banyak yang Am kena perbetulkan dahulu sebelum Am mula guna "Layout 3 columns" tu.

Hari ini "Hari Air Sedunia" banyak betul "Hari" rupanya hehehe. Am rasa Am nak mula catat hari-hari tersebut. Jika ada sesiapa tahu boleh beritahu Am Hari apa dan tarikhnya.

ENTRY KHAS

Pagi ini terbaca komen dari Kujie pasal Pakteh, terus Am selidik dan amat terharu bila tahu Pakteh telah meninggal kita untuk selama-lamanya. Terus terang Am mengenali Pakteh hanya melalui blognya sehaja. Pertama kali Pakteh menegur di Tagboard Am kami terus saling lawat melawati. Yang pasti Am akan terasa akan kehilangan Pakteh dari Dunia Blog ini. Alfatihah untuk Pakteh dan takziah buat keluarganya.

Message dari Anak sedara Pakteh yang di salain dari Blog Ayu ,

"assalamualaikum... terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya. saya nisa. tujuan saya ialah untuk memaklumkan pada ayu pakteh dah tak ada bersama kita.Hari ini genap seminggu beliau telah pulang ke rahmatullah akibat kanser tulang. Sebagai wakil dari pihak keluarga,saya ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi menjadi teman pakteh.Kalau Ayu masih merindui Pakteh,sedekahkanla Alfatihah kepadanya.moga dia dapat bersemadi dengan aman dan tenang".


Nota Kaki :
Masih terperanjat dan sayu......

Labels: ,

Monday, March 19, 2007

Bercerita tentang "Hujung Minggu yang Sakit"

Awan.....
Photo langit waktu pagi di kawasan perumahan Am, rakamkan photo ini sewaktu hendak pergi kerja, nampak cantik pula awan waktu itu terus cepat-cepat cari kamera Am. Sebenarnya jarang nampak awan yang menarik perhatian Am sekarang ini.

Awan Pagi....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Hujung minggu kali pertama setelah sekian lama Am "join" bermain bola dengan kawan-kawan ditempat tinggal Am itu. Rasanya ada lebih 7 tahun Am tak bermain bola ni. Sebenarnya Am memang tak pandai main bola pun, disamping sakit seluruh badan, hati pun sakit juga kerana tahan bola pun memanjang terlepas aja hehehehe. Minggu depan kawan ajak pula main "Futsal", rasanya Am jadi penonton agaknya, kalau main pun dah tentu "team" yang Am main itu akan kalah hehehe.

Sedikit pasal Akademi Fantasia, ini satu lagi sakit, persembahan pelajar secara peribadi Am rasa tak sehebat yang Am inginkan, Am rasa kali ini pihak Akademi yang kena banyak kezutan dari pelajar-pelajarnya, ada yang sakit dan ada yang tarik diri. Kezutan terbesar dah tentu pasal yang tarik diri tu, tak nak jadi topik dalam debat nanti ker?. Am tak minat sangat bila ada sampai 3 juri tetap, rasanya dah bukan macam Akademi Fantasia pula.


Nota Kaki :

Nasib baiklah tak "MC" hari ini hehehe............

Labels: ,

Thursday, March 15, 2007

Bercerita tentang "Iklan"

Awan.....
Photo langit dalam kapalterbang semasa berangkat ke Langkawi, banyak lagi photo sebenarnya cuma pilih yang paling manarik sahaja dipaparkan disini. Rakamkan photo ini sambil melayan pertanyaan anak Am pasal peralatan dalam kapalterbang yang dia nampak hehehe.

Awan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Am sebenarnya agak tak puas hati dengan iklan-iklan sekarang ini terutamanya iklan di radio, contonya ikan pasal tipu boss depan anak-anak pasal nak pergi ber"shopping", ajar adik buat perangai bila ibubapa balik pasal nak berjalan, iklan dengan suara yang agak tergedik-gedik dan beberapa iklan lagi.

Bagi Am pereka-pereka iklan ini perlu lebih mempunyai tanggungjawab sosial pada apa yang mereka reka dan pihak berkuasa pula perlu lebih peka dengan iklan-iklan ini. Kalau iklan makanan segera, arak dan rokok yang tak baik untuk kesihatan boleh diharamkan TAPI kenapa iklan yang boleh merosakkan peribadi masih boleh berleluasa?

Agaknya siapalah boleh jawab soalan ini, Pereka Iklan itu, Pihak Berkuasa, Syarikat Barangan itu atau Pihak Radio itu. Jangan jadi macam lagu "Bangau ooooh Bangau" sudahlah.

Sedikit cerita pasal Bola, Malaysia dah naik dua anak tangga dalam senarai dunia. Berita baik harap-harap makin terus naik dan jangan turun-turun lagi.


Nota Kaki :

Takkan nak semua masuk suratkhabar baru nak ambil tindakan kot............

Labels: ,

Wednesday, March 14, 2007

Bercerita Tentang "Lawyer"

Jambatan
Ini photo jambatan di kereta kabel yang pernah Am cerita dahulu. Ada juga kawan Am yang mengigi kepala lutut semasa melalui jambatan ini tapi anak Am siap berlari lagi, Am yang risau dibuatnya. Terlaupa pula nak beritahu, Jamabatan dan kereta kabel ini terletak di atas bukit :Mat Cincang"

Jambatan..
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Semalam semasa "Lunch" baru Am perasan Am pakai seluar hitam dan baju putih. macam mana Am boleh tak perasan, Am ingat Am pakai seluar warna biru. Tapi bila lihat dicermin pasaraya tu nampak macam "Lawyer" pula Am ni. Bila lihat betul-betul memang "lawyer" pun....... Loya Buruk hehehehe


Nota Kaki :
Niat nak jadi "Lawyer" tapi salah ambil jurusan pula hehehe.......

Labels:

Tuesday, March 13, 2007

Bercerita tentang "300"

Awan.....
Masih photo Langkawi lagi, kali ini semasa memberi helang makan, yang nampak berterbangan itu semuanya burung helang, tiada burung lain, Pemandu pelancong kata boleh tembang burung helang itu TAPI hanya dengan menggunakan kemera sahaja, buat sakit hati sahaja dengar lawak dia tu hehehe.

Helang....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Semalam Am bercuti setengah hari, bukan ada apa-apa hal penting cuma isteri Am tiba-tiba nak ajak tengok wayang pula. Nasib baik kerja-kerja tiada penting kebanyakkannya sudah siap. Kami ke KLCC, ingat nak tengok cerita "Muksin" tapi lambat sangat pula masa tayangannya akhirnya memilih cerita "300". Tiket pukul 2.45 petang tapi pukul 3.00 petang pun tak mula lagi, buat sakit hati sahaja.

Cerita ini memang menarik bagi Am, isteri Am kata cerita best kerana tak buat dia mengantuk, bagi Am pula cerita ini menarik kerana terlalu banyak aksi yang buat Am tak berkelip mata termasuklah aksi yang tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak hehehe. Kalau tanya Am, Am beri 4 bintang dari 5 bintang. Terfikir pula jika semangat "300" itu ada pada rakyat Malaysia kan bagus cuma yang pastinya perangai ahli politik watak jahat dalam cerita itu memang dah banyak dah yang boleh kita nampak di dalam negara maupun luar negara.

Sebenarnya dah lama Am dan isteri tak tengok wayang berdua, macam berdating pula rasanya. Kalau anak Am tahu mesti dia marah punya hehehe. Ternampak pula iklan cerita "Spiderman", mesti kena bawa dia tengok wayang cerita itu kerana semua cerita "Spiderman" Am bawa dia tengok.


Nota Kaki :

Oooooop tersilap, tengok wayang bertiga pasal sorang lagi dalam perut hehehe............

Labels: ,

Friday, March 09, 2007

Bercerita tentang "Tag & Rasa Bersalah"

Awan.....Kena Tag lagi, kali ini dengan Aida/NotaDairi pula, Tag yang lain dari yang lain hehehehe. Kata orang wallpaper mengambarkan tuan punya pc tu, mungkin betul kerana Am memang gemar melihat awan tu

Resolution : 1024 by 768 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : LCD monitor
Been using this desktop since : Sejak beli


Beberapa hari lepas semasa menonton rancangan CSI Las Vegas, Am tertarik dengan kenyataan ketua CSI itu semasa membincangan isu remaja yang membunuh dalam cerita itu. Dia menolak sebab kurang didikan, kurang perhatian atau pengaruh sekeliling.

Baginya sebab utama ialah kerana "Tiada Rasa Bersalah". Am sangat setuju dengan pendapatnya, memang betul itu bila kita tiada rasa bersalah kita akan buat apa sahaja tanpa berfikir apa akibatnya. Walaupun nyawa orang jadi taruhannya kerana bila tak wujud perasaan itu mereka tak kira apa yang mereka lakukan, janji mereka gembira dan puas dengan apa sahaja yang mereka lakukan.

Am rasa perasaan tiada rasa bersalah inilah yang makin berkembang dalam jiwa ramai orang sekarang, bukan sahaja diluar negara tapi di negara kita sendiri. Atas sebab itulah jenayah makin meningkat, rasuah makin tak terbendung, akhlak remaja makin menurun, salah guna kuasa dan banyak lagi. Mereka lakukan dengan selamba sahaja kerana mereka rasa tak bersalah dan rasa tak bersalah pada sesiapa

Tergelak Am bila fikir balik, kadang kala kita fikir satu masalah itu begitu besar dan terpaksa wujudkan berbagai undang-undang baru tapi sebenarnya kita terlupa nak mencari sebab asal masalah itu.m Kita terlalu lekam nak menghukum tanpa kita sedari mencegah dari ia bermula amat berkesan dari menghukum. Itulah kelemahan kita yang terbesar, kita terlalu taksub untuk menghukum padahal kita terlalu leka untuk mencegah benda-benda itu dari bermula.


Nota Kaki :

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan
............

Labels: ,

Thursday, March 08, 2007

Bercerita tentang "Langkawi"

Awan.....
Photo ini ialah photo ikan pari, tidak berapa jelas pula ikan pari itu, ikan pari ini memang jinak dan punyalah seronok semasa berinya makan. Am memang gerun semasa hendak memberi ikan pari ini makan tapi tak tahu pula samada ikan pari ini gerun dengan Am atau tidak hehehe.

Ikan Pari....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Sepatutnya semalam Am paparkan entry ini tapi teruja sangat pasal pengetua baru AF tu terus terlupa pula hehehe. Sebelum bermula, Am ingin mengucapkan "Selamat Hari Wanita" kepada semua wanita yang berkunjung di blog Am ini dan juga kepada semua wanita didunia ini

Sebenarnya walaupun ini kali kelima Am ke Langkawi tapi Am rasa banyak pengalaman baru pada Am kali ini, mungkin kerana ada pemandu pelancong yang menerangkan benda-benda yang Am tak tahu atau mungkin kerana kali ini am tak memandu jadi pandangan Am tidak lebih tertumpu ke depan sahaja.

Menaiki bot untuk menyusuri pokok paya bakau ke tempat ternak ikan, Gua Kelawar, Gua Buaya dan memberi Burung Helang makan memang satu pengalaman yang amat menarik. Am memang tak pernah lihat kelawar seumur hidup Am, cuma dalam tv adalah semasa tengok cerita Batman hehehe, seronok memberi Helang makan juga mendengar bunyi anak helang dan paling seronok ialah memberi ikan pari makan. Tetapi Am tak berani sampai nak berenang dengan ikan pari tu, nanti kena tikam pulak macam sorang orang putih tu.

Seronok juga berjalan diatas jambatan gantung (terlupa nama sebenarnya) semasa menaiki kereta kabel yang sebelum ini tak sempat nak naik, bergambar dan melihat pemandangan dari situ memang menarik. Dari mulut pemandu pelancong tu, panorama waktu senja disitu memang cantik sekali tapi kami tak ada masa untuk menunggu waktu senja.

Cukup hormat dengan pemandu pelancong keran boleh ingat nama saintifik untuk pokok-pokok disana, boleh bercerita tentang sejarah batu, gunung dan boleh menjawap apa sahaja pertanyaan dari kami dengan baik dan lancar.

Walaupun percutian kali ini memang memenatkan tapi Am rasa puas kerana kali ini Am rasa Am dapat menyelami "the other side of Langkawi". 3 hari kami berada disana dan pada petang hari Isnin kami pulang dengan jemputan dari pemandu pelancong agar kami kembali semula untuk melakukan aktiviti pendakian pula, memang Am berminat tapi cuma waktu belum mengizinkan buat masa ini.


Nota Kaki :

Jumpa lagi Langkawi............

Labels: , ,

Wednesday, March 07, 2007

Bercerita tentang "Sudah Bermula"

Awan.....
Photo ini Am rakamkan di Gua Kelawar di Langkawi, bintik-bintik hitam itu ialah kelawar, dari yang Am tahu kelawar-kelawar itu hanya makan sayuran dan bijian jadi tak perlu risau dia akan gigit Am, melawat Gua Kelawar ini satu pengalaman baru yang seronok bagi Am.

Gua Kelawar....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Sekarang banyak blog sudah mula untuk bercerita tentang Akademi Fantasia, seperti biasa Am akan menyelit sedikit tentang AF ini dalam blog Am, itu pun jika ada yang menarik. Am minat tengok sahaja, nak undi hehehehe payah sikit.

Yang Am tahu secara tak rasmi Roslan Aziz Akan jadi pengetua pada musim ini dan ada juga blog dah paparkan muka 36 bakal pelajar lelaki AF. Tak sabar nak tunggu muka bakal pelajar wanita AF hehehe.


Nota Kaki :

Cepat betul AF bermula tahun ni ya hehehehe............

Labels:

Tuesday, March 06, 2007

Bercerita tentang "Kali Pertama"

Awan.....
Photo ini Am rakamkan di tempat perhentian "Cabel Car". Pemandu pelancong Am suka teka mana dia Horizon atau kaki langit tapi tak ada seorang pun yang nampak termasuklah Am. Jika sesiapa yang nampak boleh beritahu Am ya.

Horizon....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Am masih tergelak lagi bila fikirkan pengalama kali pertama anak Am naik kapal terbang, punya bising mulut dia bila kapalterbang hendak bergerak. Almaklumlah dia antara orang yang terawal naik pesawat tu. Letih juga Am nak terangkan kegunaan setiap tanda dalam pesawat tu.

Paling tak tahan dia menangis semasa terlinga dia rasa berdengung semasa pesawat itu dah terbang tinggi. "telinga kita dah pekak Abah". Nasib berjaya redakan dan kata itu sekejab sahaja. Apa-apa pun punyalah dia bangga dapat naik kapal terbang 2 kali (pergi dan balik).

Ambil kesempatan ini untuk mengucapakan ribuan terima pada Fysal kerana sudi melayan Am disana walaupun isterinya tak berapa sihat, lama juga berbual dengan Fysal tak sedar masa berlalu dengan pantas. Terima kasih sekali lagi ya Fysal.


Nota Kaki :

Rasa sekejab sangat pula di Langkawi hehehehe............

Labels: ,

Friday, March 02, 2007

Bercerita tentang "Kali Pertama"

Awan.....
Satu lagi photo yang Am jumpa dalam memory card kamera Am, puas Am fikir dimana Am rakamkan photo ini tapi masih tak ingat juga, yang pasti Am rakamkan photo ini di Malaysia kerana Am belum lagi keluar dari Malaysia ini hehehe

Awan ....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Semalam kali pertama bukan sahaja semenjak Am kerja dibangunan ini tapi kali pertama dalam seumur hidup Am turun dari tingkat 16 dengan menggunakan tangga. Rasa macam nak tanggal kepala lutut Am. Kalau hari-hari maunya betul-betul tertanggal kepala lutu Am hehehe.

Besok Am akan ke Pulau Langkawi semperna "Company Trip". Hari Isnin Am akan bercuti. Bawa anak saja kerana isteri tak berapa sihat. Nak tengok gelagat anak Am kali pertama naik kapalterbang.

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan............

Labels: ,