
Photo ini Am rakamkan dari pejabat Am, pelik juga Am kenapa photo ini boleh jadi warna ungu, mungkin kerana cermin dipejabat Am ini dilekat dengan plastik hitam kot. Semalam langit punyalah cantik tapi Am tak sempat rakamkan apa-apa photo kerana kemera dalam beg pula, lain kali akan sentiasa bersedia dengan kemera Am
Close-Up3... Original Upload from Canon Digital IXUS 60 1 Kita lihat orang kita makin kurang menghormati ugama mereka sendiri, berpakaian ikut suka, cakap ikut sedap mulut dan kutuk mengutuk sesama sendiri. Mereka kata hormat tapi apa yang mereka lakukan menunjjukkan sebaliknya dan yang paling teruk dengan apa yang mereka lakukan menyebabkan orang berugama lain turut tak menghormati ugama kita. Ada satu cerita Am nak kongsi disini, diceritakan kepada Am oleh orang yang bukan satu ugama dengan Am, Alkisah sewaktu bulan puasa, dia dan seorang kawan dia yang berugama islam sedang menunggu waktu berbuka puasa, dengan selamba kawan dia yang berugama islam itu makan sebelum masanya, kawan Am yang bercerita itu terperanjat dan bertanya. "U tak puasa ker?" Kawan dia hanya tersenyum dan teruskan makan dengan selamba. Ini satu dari beratus-ratus cerita, atau beribu-ribu atau pun berjuta-juta cerita benar diluar sana dimana kita sendiri menjatuhkan martabat ugama kita. 2 Kita lihat perpaduan kita sendiri makin teruk, Islam itu dan islam ini. Islam aku yang paling betul dan patut diikut. Bagi Am islam itu satu sahaja kerana ia berasal dari sumber yang sama, apa nak kecoh sangat. Semasa kita sedang sibuk TEKA siapa yang betul tanpa sedar sebenarnya kita makin lemah dan semakin lemah. Kita bising bila negara Arab tak bersatu dalam menangani isu Palestine, Lubnan dan lain-lain lagi. Patutnya kita bertanya pada diri kita, kita ini bersatu sangat ker? Sepatutnya kita menunjjukkan contoh kepada mereka, kalau tak kepada mereka tapi kepada bangsa berugama lain dalam negara kita ini. 3 Kita lihat, makanan halal atau haram makin kurang jelas sekarang. Pelik mana pergi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk masalah ini. Apa langkah-langkah berkesan yang mereka lakukan? Ada tapi amat kurang dan amat tak berkesan. Kita ada banyak media yang boleh digunakan tapi ada mereka gunakan. Kalau pasal Siti boleh kata hari-hari keluar TV, pasal halal atau haram ini sekali pun payah dengar. Sensitif sangat ker isu ini bagi mereka yang negara yang digelar negara islam ini. LEKUK Sekarang baru kita nak melatah, bila ugama lain bagai nak menindas kita, makin berani menunjjuk belang, minta itu dan ini, meminta memansuhkan berbagai akta dan menggunakan kekuatan mereka untuk menjatuhkan kita. Salah siapa? Perlukan kita salahkan mereka yang kita tahu akan gunakan apa sahaja untuk menguatkan ugama mereka atau kita sepatutnya menyalahlah diri sendiri yang tak pandai memilihara ugama sendiri ataupun memiliharanya secara sambil lewa? Nota Kaki: Inilah yang terjadi bila ugama dianggap sebagai bebanan bukan pegangan.
Labels: Jom Fikir |